
Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira ada berkongsi di Instagram satu momen lucu yang berlaku apabila anak perempuannya iaitu Engku Aleesya dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi untuk hidangan makan malam.
Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu menanak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk menanak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.
“Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k,”
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.