Jika anda pernah melewati zaman awal 20-an anda mesti sering mendengar nama Dr Sheikh Muszaphar dan melihat wajahnya di muka depan majalah serta surat khabar. Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama yang pernah sampai ke angkasa. Siapa sangka Malaysia mampu terbang sejauh itu namun pada tahun 2007 pemuda ini buktikan bahawa tiada apa yang mustahil.
Nama Dr Sheikh Muszaphar ketika itu menjadi bualan negara. Selain pencapaiannya yang sangat membanggakan, beliau turut mempunyai susuk tubuh yang “fit” dan wajah yang kacak. Boleh dikatakan Dr Sheikh Muszaphar mempunyai “pakej lengkap” dan beliau menjadi kegilaan wanita ketika itu.
Terbaru, Dr Sheikh Muzaphar berkongsikan kembali gambar modeling yang ditangkap pada tahun 2004 di laman Instagram miliknya. Rata-rata pengikut Dr Sheikh Muszaphar bagai tidak keruan apabila melihat gambar tersebut. Ramai yang turut imbau kembali kenangan zaman dahulu. Ada yang berkata pada zaman itu mereka sanggup beli majalah yang ada wajah Dr Sheikh Muszaphar kerana minat.
View this post on Instagram
Ternyata, penangan Dr Sheikh Muszaphar ni berat juga ya. Ramai anak muda ketika itu terinspirasi dengan kisah beliau yang mampu mencipta sejarah bukan sahaja negara tetapi dunia. Beliau juga mempunyai motivasi diri yang tinggi sehingga membolehkan beliau berjaya pada hari ini.
Dr Sheikh Muszaphar menerusi kapsyennya mempromosikan buku tulisannya yang terbaru yang bertajuk “49th Rule”. Dalam buku ini, beliau menyenaraikan 49 karakter yang manusia perlu ada untuk berjaya. Menarik kan? Buku ini akan mula dijual pada bulan hadapan. Apa pun, kita doakan agar buku terbaru Dr sheikh Muszaphar ini laris dijual.
Baca juga: “Syukur..He’s Alive” – Dr Sheikh Muszaphar Syukur Mengetahui Pemuda Palestine Masih Hidup
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar