Perasan tak, bila ada segelintir rakyat Malaysia ini akan berpusu-pusu untuk membeli kenderaan keluaran terbaru dan sesetengah mereka membeli hanya kerana semata-mata untuk ‘menayang’ kepada orang ramai? Namun begitu, perkara itu tidaklah menjadi persoalan jika mereka benar-benar berkemampuan untuk membeli kereta baru. Baru-baru ini, direktor drama dan filem tanah air, Michael Ang meluahkan pendapatnya mengenai sesetengah rakyat Malaysia yang sanggup membeli kereta berjenama dengan tujuan untuk menayang sedangkan mereka ada komitmen lain seperti membayar rumah sewa. Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu mendapat perhatian bukan saja daripada netizen, malah rakan-rakan selebriti juga turut bersetuju dengan pendapat Michael mengenai isu ini.
View this post on Instagram

Menerusi gambar yang dimuat naik Michael, kehidupan yang bebas daripada sekelumit hutang adalah kebahagiaan yang sukar untuk dicari lebih-lebih lagi apabila dunia kini sedang melanda pandemik Covid-19. Semestinya setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tersendiri. Oleh itu, perumpamaan ‘mengukur baju di badan sendiri’ adalah sesuai untuk menggambarkan luahan hati Michael berkenaan situasi ini. “Kalau beli sendiri rasa jauh lebih sedap dari pinjam benda orang and tayang cakap benda sendiri. Dalam hidup ni tak berhutang tak mencuri tak menipu adalah kehidupan yang paling bahagia walaupun rumah flat and baju Uniqlo aje. Betul tak?” ujar Michael.
Menurut Michael, beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik jika mereka membeli rumah kediaman sendiri daripada membeli sebuah kereta berjenama besar dek kerana nilai aset sebuah rumah adalah lebih tinggi daripada nilai sebuah kereta. Jika kita melihat dari sudut positif tentang isu yang dipertengahkan oleh Michael ini, sebenarnya kita boleh dapatkan pengajaran dan mengambil kenyatan Michael sebagai ‘pesanan’ terutamanya kepada mereka yang baru sahaja hendak menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya dalam hidup. Alangkah lebih indah jika kita mampu untuk membeli rumah kediaman sendiri daripada terus menyewa rumah, meskipun rumah itu hanyalah sebuah apartment.
Apa-apa pun kita haruslah berbalik kepada kemampuan diri sendiri. Janganlah hanya kerana mahu mengikut trend masa kini, kita sanggup menyeksa diri. Perkongsian Michael itu sedikit sebanyak membuka mata kita untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita miliki. Ambil yang jernih, buang yang keruh ya semua..
Penulis: Aqilah Paharuzi
Baca juga: (VIDEO) “Solat dibuat ‘Jokes’?” – Netizen Pertikaikan Fikry Ibrahim Permainkan Solat
Sumber: Instagram Michael Ang