Bercakap pasal “beauty standard“, sebenarnya masih ramai yang terlalu obses dengan “ketetapan kecantikan” yang digariskan oleh masyarakat. Bentuk badan dan warna kulit adalah antara ciri fizikal yang selalu disentuh oleh masyarakat. Walaupun kita hidup dalam era yang jauh lebih kedepan namun realitinya masih ramai yang mengamalkan tabiat suka mengecam orang lain hanya kerana bentuk badan seseorang itu berbeza dengan apa yang dirasakan “ideal”.
Baca juga: Diam-Diam Buat Amal, Agnez Mo Dipuji Masyarakat Atas Usahanya Buka Klinik Vaksin Secara Percuma
Menyedari ianya bukanlah satu tindakan yang baik untuk dipraktikkan kini, semakin ramai mula bangkit memperjuangkan isu body shaming iaitu tindakan menghina, mengecam atau mencaci bentuk badan seseorang. Baru-baru ini, pelakon, Nabila Huda berkongsikan tentang isu ini di laman Instagramnya.
Kata pelakon hebat yang lebih dikenali sebagai Abil ini, dia berang dengan mereka yang suka membandingkan saiz badan seseorang dan meminta supaya mereka berhenti dari melakukan demikian. Abil menegaskan kepada semua bahawa kita semua adalah cantik dan unik dengan cara kita yang tersendiri. Oleh itu, tidak perlu untuk kita bandingkan diri dan hakimi orang lain hanya kerana mereka mempunyai bentuk badan yang berbeza.
Abil akui dia sendiri pernah menyenarai hitamkan beberapa produksi yang pernah mengeluarkan kata-kata yang menyentuh susuk tubuhnya. Tindakan ini menunjukkan betapa dia bencikan “body shaming“. Abil menjelaskan bahawa dia gembira dan suka dengan bentuk badannya namun ada sahaja individu yang suka menegur badannya semakin gemuk dan mula membandingkan dirinya yang sekarang dengan dahulu.

Ini menimbulkan kepada rasa amarah Abil. Katanya, “I love my body so much and I hidup dengan lifestyle yang sihat…If you are insecure with your own body jangan babitkan orang lain”. Sementara itu Abil juga sempat menyenaraikan beberapa perkara yang dia suka tentang dirinya seperti kulit, hidung dan bibir. Selain memiliki suami, anak, rumah dan beberapa kenderaan, dia turut menambah bahawa bapanya adalah Amy Search (penyanyi terkenal) dan dia dilahirkan terkenal.
Perkongsian Abil menarik perhatian ramai terutamanya rakan artis. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata dilihat menyokong apa yang dikatakan. Memang penting mesej yang ingin disampaikan di sini untuk setiap individu renungkan kembali.
Apa pun, marilah kita sama-sama hentikan normalisasi “body shaming” dan mula terima diri setiap individu dengan kelebihan mereka yang tersendiri.
Baca juga: “Ini Cara Legend Ambil Vaksin” – Aksi Amy Search Menyanyi Sewaktu Suntik Vaksin Buat Ramai Teruja
Sumber: Nabila Huda