Site icon Kool FM

Sebab Tak Tunjuk Muka, Kecoh Ada Yang Kata Anak Fazura Sumbing?

Sudah dua bulan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura menimang cahaya mata pertama, namun masih lagi mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Tak dinafikan ramai peminat mereka menantikan untuk melihat bagaimana wajah anak pasangan sama cantik, sama kacak itu.

Bagaimanapun, dalam satu ruangan komen Facebook satu portal hiburan, salah seorang warganet telah melemparkan kata-kata kurang sedap didengar terhadap anak pasangan itu.

Menurutnya, anak pasangan pelakon terkenal itu mengalami penyakit sumbing. Komen tersebut dikecam hebat kerana ramai merasakan ianya tidak patut ditulis.

Apa yang kami boleh nasihatkan setiap kali kita nak menulis atau bercakap lebih baik berhati-hati supaya tidak mengguriskan hati mana-mana pihak dan untuk elakkan dari berbalik pada diri kita.

Mungkin Fattah dan Fazura ada sebab mereka tersendiri untuk menyembunyikan wajah anak. Hormatilah keputusan mereka okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Diana Danielle Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Fattah Amin

Fattah Amin Tercalon Top 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia!

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version