Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 tetap meriah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara. Biarpun kita hanya beraya di rumah dan tiada sesi ziarah-menziarahi dibenarkan, ramai rakyat Malaysia dilihat tetap gembira menyambut hari kemenangan bersama keluarga di rumah. Bagaimanapun di sebalik kegembiraan sesebuah keluarga, tiada yang bebas daripada ujian, namun setiap ujian itu pasti ada jalan penyelesaiannya.
Begitulah seperti yang dilalui oleh pasangan selebriti Shamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Selepas sudah lama tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial, pada Syawal kali ini mereka kembali berkongsi gambar bersama anak-anak dan kedua belah keluarga. Lebih mengharukan terharu adalah pasangan ini dilihat begitu mesra bersama dan terpancar wajah kegembiraan menyambut raya bersama.
Baca artikel lain: Cara Unik Negara Lain Sambut Hari Raya Aidilfitri
Menerusi pekongsian Puteri Sarah di Instagram tersebut, telah menerima reaksi positif daripada pengikut dan rakan selebriti. Tinjauan ke ruangan komen jelas menunjukkan rata-rata pengikut Puteri Sarah meluahkan rasa gembira melihat pasangan ini beraya bersama. Ada juga yang sempat menyatakan sudah lama menantikan gambar Puteri Sarah bersama Syamsul.

Sebagai rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah. Bagaimanapun, perkahwinan mereka dikatakan bergolak dan muncul pula desas-desus campur tangan orang ketiga. Difahamkan, Puteri Sarah dan Syamsul kemudiannya memilih untuk menyelesaikannya sendiri dan tidak memberi sebarang komen terhadap kontroversi berkenaan.
Baca juga: Perak Dan Johor Pernah Beraya Awal Sehari? Ini Sejarah Tengok Anak Bulan Di Malaysia
Sumber: Instagram Puteri Sarah