Zaman sekarang ni memang pelbagai cara yang orang lakukan untuk meraih perhatian. Semuanya dilakukan atas nama ingin popular atau dikenali ramai. Ada juga yang buat susuatu perkara yang difikirkan dapat meraih ribuan perhatian, tapi kesudahannya sehingga menjejaskan ribuan penduduk di kawasannya.

Insiden malang itu berlaku di bandar Chengdu, China, apabila seorang lelaki yang melakukan ‘sit-up’ di atas tiang elektrik, akhirnya menyebabkan ribuan kediaman terputus bekalan elektrik. Dikatakan dia memanjat tiang elektrik dan melakukan ‘sit-up’ untuk meraih tumpuan ramai.
Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu kemudian ditahan polis. Video lelaki itu membuat senaman atas tiang elektrik juga berjaya dikongsikan dalam sebuah platform penstriman video sehingga menjadi tular di China. Video lelaki itu mendapat sekurang-kurangnya 1.7 juta tontonan.
The most mind-boggling behavior ever! Man was found doing sit-ups on the overhead power line in SW China’s Chengdu, leading to a widespread power outage, affecting tens of thousands of residents. The police have detained the man. pic.twitter.com/Dl3DDc7qOX
— People’s Daily, China (@PDChina) February 22, 2021
Menurut laproan, tindakan berbahaya dan tidak beretika lelaki itu menyebabkan bekalan elektrik terputusan serta menjejaskan ribuan kediaman di kawasan terbabit. Semasa kejadian, pasukan kecemasan termasuk petugas perubatan turut dikerah ke lokasi kejadian sebagai persiapan sekiranya lelaki itu mengalami kecederaan.
Hasil soal siasat masih tidak dapat memastikan apakah motif sebenar lelaki tersebut melakukan aksi merbahaya itu. Bagaimanapun, media tempatan di sana tetap memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meniru aksi berkenaan.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi yang disuarakan oleh warganet di China, dan rata-ratanya mengecam perbuatan lelaki itu kerana menjejaskan pelbagai pihak susulan ketiadaan bekalan elektrik. Mungkin aksi seperti ini tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh membahayakan diri sendiri juga. Apa-apa pun, sebelum kita nak lakukan sesuatu atas tujuan meraih perhatian, fikirkan dahulu baik buruknya kepada orang awam.
Baca juga artikel menarik lain:
Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!
Tergamak Buang Ibu Tepi jalan, Anak Tetap Berkeras Tidak Mahu Jaga Selepas Hadir Ke Balai Polis
Sumber daripada: Utusan Malaysia