Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Gatal Ya Kuda Ni..” – Aksi Belakang Tabir Diana Danielle Bergambar Dengan Kuda Curi Tumpuan

today16 June 2021

Background

Kuda adalah antara haiwan yang disukai ramai mungkin juga kerana karakternya yang menarik. Jika berpeluang bertemu dengan kuda pastinya ramai yang tak mahu lepaskan peluang emas untuk bergambar sekali bersama dengannya. Bukan senang nak bergambar dengan kuda tau. Bukan semua orang berani nak dekat dengan kuda yang nampak gagah ni.

Baca juga: [VIDEO] Terdengar Jeritan Seperti Suara Mengilai Masa Rakam Video Waktu Maghrib Buat Azfar Heri Cemas!

Pelakon, Diana Danielle ada berkongsikan aksinya cuba bergambar dengan seekor kuda di laman Instagramnya. Luah Diana, dia memang takut dengan kuda kerana haiwan ini nampak kuat dan tidak mudah dijangka. Mungkin Diana sebenarnya takut dengan keadaan di mana kuda hilang kawalan dan bertindak ganas. Perkara ini tidak dinafikan kerana ianya boleh berlaku namun tidak semuanya begitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Diana akui dia mula fobia dengan kuda kerana pernah digigit oleh haiwan itu pada waktu dulu. Katanya, dia cuba memberi kuda makan lobak merah namun ini membawa kepada perebutan beberapa ekor kuda. Dia pula kemudiannya menjadi mangsa kepada kuda tersebut.

Namun, demi sekeping gambar, Diana memberanikan diri untuk mendekati kuda tersebut. Pada mulanya memang jelas Diana takut kerana kerap mengalihkan badan lagi-lagi apabila kuda itu semakin dekat dengannya. Masih belum mengalah, Diana sekali lagi datang dekat dan cuba untuk memberikan ciuman kepada kuda tersebut. Kuda itu yang pada mulanya bergerak-gerak tiba-tiba berdiri statik sahaja mungkin tunggu untuk dicium.

Meninjau ke ruangan balas, ada yang berkata “gatal juga kuda ni, macam tahu-tahu ada orang nak kiss”. Komen ini undang tawa wargamaya yang lain. Ada juga yang balas bahawa kuda ini tidak mahu melepaskan peluang dicium dengan seorang wanita cantik. Bila baca komen-komen mereka rasa kelakar betul wargamaya ni.

Rata-rata wargamaya yang lain pula meminta untuk melihat hasil gambar daripada “photoshoot” berkenaan. Selepas melihat usaha Diana, nak jugalah tengok hasilnya kan? Mesti cantik sama seperti subjek gambar tersebut. Apa pun, kuda adalah haiwan yang bijak dan jika anda berani dekat dengannya dan fahami dirinya, kuda boleh menjadi haiwan yang manja.

Baca juga: “Jangan ‘Insecure’, Kita Bersaing Secara Sihat” –  Naim Daniel Ulas Isu Wanita “Bodoh-Bodoh Sikit”

Sumber: Diana Danielle

Written by: Danisyah Dalily


Previous post