Setiap wanita yang hamil dalam dunia semestinya akan berhadapan dengan pengalaman mengandung yang berbeza-beza. Baru-baru ini, pelakon filem hebat Gol dan Gincu 2 memaklumkan bahawa dia mengalami bleeding semasa 4 minggu mengandungkan puteri keduanya. Namun, berkat doa dan kuasa Illahi, Ummi selamat melahirkan puteri keduanya secara normal seberat 3.32 kilogram (kg) pada 2 Jun 2021 di sebuah pusat perubatan di Sri Kembangan, Selangor.
Menerusi posting terkini yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Ummi mendedahkan nama bayi perempuan keduanya diambil sempena nama isteri baginda Rasulullah SAW iaitu Aysha Arsylia. Tambah Ummi, nama Arsylia bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia dan sempurna. Alahai, indahnya maksud nama awak si comel Aysha, terasa lembut dan manis saja sepadan dengan wajah Aysha yang sejuk mata memandang. Pandai mereka suami isteri beri nama ya.
Baca juga: Selepas 14 Hari, Ain Edruce, Amirul Akhirnya Dedah Nama Dan Wajah Anak
Menerjah di ruangan komen posting tersebut, ramai dalam pengikut Ummi menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi kedua yang comel. Ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan agar Aysha membesar dalam keadaan yang sihat dan baik. Rakan-rakan selebriti tanah air juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta meluahkan isi hati mereka yang seolah-olah cair melihat kecomelan bayi yang bau wangi ini.

Pelakon Patahnya Sebelah Sayap 2 ini turut menitipkan pesanan buat anaknya ini agar menjadi seorang anak yang solehah, mendengar kata ibu bapa dan keluarga serta menjadi insan yang berbakti kepada agama dan negara. Untuk rekod, Ummi dan suami, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan sulung, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.
Tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli ini. Semoga Aysha Arsylia membesar dengan baik. Seronok lah kakak, Ayra Aneesah dah ada kawan untuk bermain. Hihi.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Ummi Nazeera