Setiap ibu bapa pasti mempunyai hasrat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ketika umur anak mereka mencecah 13 tahun. Sememangnya, tidak dinafikan sekolah berasrama ini mempunyai sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan flexible bagi para pelajar menguruskan masa untuk mengulang kaji. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu pelajar perempuan sekolah MRSM dikatakan di ‘cabul’ semasa guru-guru mereka memeriksa sama ada mereka benar-benar datang bulan semasa bulan Ramadan.
Dulu few years ago saya ada tanya benda ni, tapi masih berlaku ke kat sekolah-sekolah dan asrama Malaysia? Tenaga pelajar check period dan private part pelajar?
It shouldn’t be done sebab invasive of privacy, should be reported to parents or authorities btw. pic.twitter.com/xCsfjpaHdP
— tērry ??? (@TerryDieHeiden) April 15, 2021
Meninjau di ciapan tersebut, ramai dalam kalangan pelajar perempuan yang meluahkan pengalaman ‘pahit’ mereka yang bukan sahaja malu akibat di periksa datang bulan, malah menjadi trauma akibat daripada perbuatan guru-guru tersebut yang ‘menyentuh’ kemaluan mereka semata-mata untuk memastikan mereka memakai tuala wanita. Teruknya…kenapa sampai ke tahap ini ‘menganiaya’ anak orang..?

Baca juga:“Saya Tak Suruh Makan Sembunyi-Sembunyi” – Guru Kagum Anak Murid Hormat Rakan Berpuasa
Apabila menghadapi situasi begini, sudah tentu mereka tidak berani untuk bersuara lebih-lebih lagi kepada ibu bapa mereka dek kerana terlalu ‘malu’ untuk meluahkan perkara sebenar yang terjadi. Isu yang semakin hari semakin membimbangkan ini seolah-olah tiada titik noktah di kalangan pelajar perempuan apabila ‘maruah’ mereka tergadai begitu saja.
Isu yang berat ini seperti ‘mengabaikan’ batas aurat di antara wanita dan wanita yang bermula daripada pusat sehingga ke lutut. Benar, sekolah adalah tempat untuk mendidik, namun cara ini tidak sesuai untuk mendidik pelajar-pelajar perempuan tersebut untuk berlaku jujur. Sebuah persoalan mengenai isu ini telah disuarakan oleh seorang pengguna twitter, Siti Raudzah kepada Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakroleh dari sudut pandangan islam. Namun, persoalan yang diutarakan masih belum ada jawapan daripada pihak Dr. Zulkifli.
@drzul_albakri Salam Dato’ Dr. Saya mohon pandangan dr sudut Islam mengenai isu di stgh sekolah yg memaksa pelajar perempuan membuktikan yg mmg mrk dtg haid dgn mencalit kemaluan mrk & ditunjukkan darah kpd pengawas atau guru yg memeriksa bila mrk tk dpt solat. Adakah ini wajar?
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) April 17, 2021
Ibu bapa sendiri tidak pernah sentuh, ini kan pula ‘orang luar’… Kasihan mereka pasti kisah ‘hitam’ ini membuat mereka trauma sehingga sekarang. Apa-apa pun, semoga isu ini dapat dipertengahkan dan mendapat pencerahan daripada sudut pandangan agama Islam.
Baca juga: Pelajar Matrikulasi Perak Yang Di Saman Rm1500 Hanya Dapat ‘Pengurangan’ Kompoun
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter