Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Hadiahkan Adik iPhone Sebab Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Ramai Yang Nak Jadi Adik Azfar Heri

today11 June 2021

Background

Baru sahaja semalam pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas mendapat keputusan masing-masing. Dengar khabar ramai yang cemerlang tahun ini. Tahniah diucapkan buat adik-adik semua. Pasti ibu dan ayah bangga dengan keputusan adik-adik yang cemerlang itu, dan nampak gayanya ada yang dapat hadiah yang best!

Selain ibu bapa, adik beradik lain juga turut tumpang gembira dengan keputusan cemerlang adik atau abang kakak mereka. Lagi best kalau abang atau kakak kita beri hadiah sebab keputusan SPM kita yang cemerlang tu. Itulah apa yang dilakukan oleh influencer media sosial, Azfar Heri apabila dilihat memberi hadiah buat adiknya yang mendapat keputusan cemerlang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Baca juga: “Anak Lelaki Dah Besar Tapi Pakaian Terbuka” – Netizen Risau Lihat BCL Kerap Muat Naik Foto ‘Terdedah’

“Tahniah Meera dengan keputusan cemerlang SPM. Lagi hebat dari abang. Apa-apa pun semoga terus berjaya,” ujar Azfar.

Hadiah yang diberikan itu bukan biasa-biasa ye, ia merupakan sebuah iPhone model terbaharu. Untung betul jadi adik Azfar ni siap boleh dapat hadiah iPhone daripada abang tersayang. Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Azfar, nampaknya keputusan SPM adiknya itu lebih hebat daripadanya. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat Meera.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, nampaknya ramai pula yang ingin menjadi adik kepada Azfar. Semua gara-gara melihat Azfar dapat berikan hadiah yang best untuk adiknya itu. Amboi semua nak jadi adik dia, tapi kena cemerlang macam adiknya dahululah baru boleh dapat hadiah. Buat adik-adik yang cemerlang, tahniah, dan buat yang kurang cemerlang jangan putus harapan dan teruskan usaha.

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’

Written by: Hamka Rosli


Previous post