Kool FM

“Hantuk” Kepala Suami Dengan “Transition”, Cik Manggis Dipuji Skill Semakin Hebat

Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis pernah diberikan gelaran ‘Queen of Tiktok‘ kerana sering berkongsikan video tiktoknya di laman Instagram. Apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah video Tiktok Cik Manggis bukannya video menari ataupun video cliche yang sering dijumpai di media sosial tetapi ianya lebih kreatif dan jelas memerlukan kemahiran yang hebat untuk menyuntingnya.

Baca juga: “Ini Semuanya Kesan Covid” – Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Otot Kecut Selepas Jangkitan Virus Covid-19

Sebelum ini, tular salah satu video Cik Manggis tukar pakaian menggunakan teknik transition atau peralihan. Semuanya nampak smooth je tak nampak macam disunting langsung. Sejak dari itu, memang ramai yang menunggu-nunggu video yang menggunakan teknik peralihan daripada Cik Manggis. Malah, ramai rakan artis yang dilihat terpegun dengan hasil-hasil video Cik Manggis sehingga minta untuk belajar teknik suntingan dengannya.

Terbaru, Cik Manggis ada berkongsikan video yang dimuat naik di Reels Instagram dengan menggunakan teknik suntingan ini. Dia dilihat memegang sehelai hoodie bewarna putih dan berjalan ke arah meja di dapur. Dia kemudian menghentak hoodie tersebut ke atas meja tetapi mengejutkan apabila tiba-tiba kepala suami Cik Manggis pula yang muncul. Jadi nampak macam Cik Manggis sebenarnya menghentak kepala suaminya sedangkan ianya hanyalah teknik peralihan.

Hebat betul teknik suntingan Cik Manggis ni sampai semua yang tengok terkejut dan seperti terasa kesakitan kena hentak di kepala. Aduh, kalau memang betul lah itu terjadi seriau pula rasanya. Kini Cik Manggis bukan sahaja digelar ‘Queen of Tiktok‘ tapi dia berjaya mendapat gelaran yang baru iaitu ‘Queen of Transition‘. Power lah Cik Manggis ni, dapat gunakan masa yang terluang dengan belajar teknik baharu.

Dalam arus permodenan ini, kepakaran teknologi seperti suntingan peralihan video sangat berguna kerana kini semuanya online termasuklah perniagaan. Teknik seperti ini dapat digunakan bukan sahaja sebagai salah satu bentuk hiburan tetapi boleh juga digunakan untuk mempromosikan atau menyebarkan maklumat tentang sesuatu kerana ianya menarik.

Tak rugi belajar benda baharu seperti ini lagi-lagi sekarang kita berada dalam fasa lockdown, ramai yang buntu nak buat aktiviti apa di rumah. Jadi mungkin ini dapat dijadikan salah satu aktiviti yang menarik untuk dicuba di rumah. Apa pun yang anda pilih untuk lakukan, pastikan anda ambil kira aspek keselamatan dan sensitiviti ya?

Baca juga: “Kawan, Ingat Bau Perfume Ke?” –  Ingatkan Sharnaaz Tak Ada Peluang Tapi Komen Azira Buat Netizen Berharap

Sumber: Cik Manggis

Exit mobile version