Tidak dinafikan lagi setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin pasti mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata sendiri yang bakal menyinari kehidupan mereka. Begitu juga buat mereka yang sudah memiliki anak, turut berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka. Baru-baru ini, penyanyi tersohor Misha Omar memaklumkan dia dan suami, Firos Ezzwan Rossly kini sedang merancang untuk memiliki kehadiran orang baru dalam keluarga kecil mereka. Terdahulu, Misha pernah bercerita bahawa perancangan ini telah bermula sejak dari tahun lepas lagi.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar berkata dia telah berjumpa dngan doktor pakar Sakit Puan iaitu Dr. Muhammad Azrai Abu bagi mengambil ujian AHM di Pusat Pakar UKM. Misha yang berkongsi sedikit sintipan mengenai pengetahuan AHM kepada pengikutnya mendapat sambutan yang baik apabila rata-rata daripada mereka berminat untuk mengetahui segala proses yang diperlukan dengan lebih lanjut.
Baca juga: “Terima Kasih Neelofa Atas Hadiah Yang Sangat Mengembirakan Ini..” – Elyana
Dek kerana itu, Misha bercadang untuk memberi perkongsian mengenai setiap proses yang dijalani olehnya kepada semua para wanita yang juga sedang mencuba untuk menimang cahaya mata. Terbaru, Misha memuat naik sesi Insta Luve bersama Dr. Azrai yang membincangkan topik mengenai tahap kesuburan dalam diri seorang wanita. Menurut Dr. Azrai, ujian AMH adalah suatu ujian darah yang dibuat pada setiap wanita tidak kira usia mereka bertujuan untuk mengetahui tahap potensi telur wanita sama ada boleh dikeluarkan untuk dijadikan kandungan ataupun tidak, katanya di Instagram Misha.
Menurut Misha, tanda pagar #MenjejakKhadeja ini sengaja digunakan oleh pelantun lagu terkenal Bunga-Bunga Cinta ini sebagai salah satu sumber penguat semangat dalam dirinya untuk mencari anak perempuan buat keluarga bahagia mereka. Umum mengetahui Misha seorang yang amat berfikiran positif dalam setiap perkara dek kerana dia tidak mahu emosinya terganggu jika terus mempunyai pemikiran negatif. Mungkin, ini juga salah satu tips Misha yang berusia 39 tahun ini untuk tampak berseri dan cantik seolah-olah tidak dimamah usia.

Di kesempatan itu, Misha turut menitipkan doa buat pengikutnya yang juga sedang mencuba untuk menambah bilangan ahli keluarga dalam kehidupan mereka. Pesan Misha kepada mereka agar terus kuat semangat dan jangan mudah putus asa jika perancangan untuk hamil tidak menjadi. Menurutnya, perjalanan untuk #MenjejakKhadeja mungkin berbeza dengan orang lain tetapi masih mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata.
Apa-apa pun, semoga segala urusan untuk #MenjejakKhadeja dipermudahkan olehNya dan semoga pasangan sejoli ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Untuk rekod, Misha dan suami berkahwin pada 2014 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Emir (15 tahun) dan Muhammad Idris Ezzwa (5 tahun).
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Misha Omar