Isu Neelofa ibarat seperti tiada penghujung. Ketika ini ramai yang mengecam tindakan selebriti ini yang dituduh melanggar SOP sebanyak 4 kali sehingga wujudnya petisyen untuk memenjarakan Neelofa. Petisyen tersebut telah ditandatangani oleh lebih 58 ribu orang. Angka itu dilihat semakin hari semakin menaik. Namun, penyokong-penyokong Neelofa tetap memberikan sokongan mereka kepada selebriti kesayangan mereka itu.
Baca juga: Angka Makin Meningkat, Kini Lebih 58 Ribu Orang Sign Petisyen Mahu Neelofa Dipenjara!
Terbaru, seorang peminat yang juga merupakan admin akaun “lofa.page” di Instagram memuat naik satu Instagram story di mana dia menyamakan Neelofa dengan Palestine. Katanya, persamaan Neelofa dan Palestine adalah mereka ditindas di tanah air sendiri. Tatkala Palestin ditindas oleh Israel di bumi sendiri, Neelofa pula dibuli dan dimaki oleh rakyat seagama di rakyat sendiri.

Posting tersebut menambah kepada rasa amarah wargamaya kerana apa yang terjadi kepada Palestine tidak patut disamakan dengan isu Neelofa. Seorang wargamaya di Twitter berkongsikan kembali posting tersebut. Dia memberi peringatan supaya peminat-peminat Neelofa tidak terlalu taksub sehingga memaksumkan dan memuja manusia.
Hati-hatilah jangan sampai memaksumkan manusia, memuja manusia. pic.twitter.com/6507KDOVSR
— RimauXI ?? (@RimauXI) May 20, 2021
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dan mengecam tindakan peminat yang dikatakan “over” dalam mempertahankan artis kesukaan mereka. Walaupun minat janganlah melebih sehingga menyamakan dengan Palestine, itulah yang dikatakan mereka. Mereka turut menambah bahawa ada sebab mengapa rakyat Malaysia “geram” dengan tindakan Neelofa.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat saudara-saudara kita. Semoga isu Neelofa ini menjadi iktibar buat kita semua.
Sumber: Twitter