Nampak gayanya pengaruh Korea di tanah air kita semakin mencanak naik ya. ‘Korean Wave’ ini bukan saja kita dapat lihat dalam industri perfileman atau drama, namun juga dalam industri musik di serata dunia. Terdahulu, Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai Kak Kepom telah melancarkan sebuah lagu berjudul ‘Dusta Cinta’ yang turut meletakkan elemen Korea. Kini, artis tersohor Indonesia, Dato’ Sri Rossa melancarkan lagu ‘Hati Yang Engkau Sakiti’ dalam versi Korea. Wah, bukan biasa-biasa ya Rossa, sangat advanced!
Musik Video (MV) lagu adaptasi Korea yang berjudul ‘The Heart You Hurt’ telah dikeluarkan semalam menerusi akaun YouTube Rossa Official. Menariknya lagu ini bukan saja pada bahasanya, namun MV lagu ini turut menampilkan artis Korea selatan K-POP Super Star Super Junior iaitu Lee Dong-hae sebagai sahabat baik Rossa dalam MV tersebut. MV ini mengisahkan sebuah percintaan yang terputus di tengah jalan tanpa ada penjelasan daripada teman lelaki. Alamak, kena standby tisu la untuk tengok MV ni.

1.2 Juta tontonan dalam sehari!
Kehebatan lagu ini memang tak dapat disangkal apabila lagu ini berjaya meraih 1.2 juta tontonan dalam masa satu hari. Wow! Rossa memang sangat dikenali di Malaysia sebagai artis Indonesia yang hebat, namun MV lagu ini mendapat perhatian pengikut mereka terutamanya bila digandingkan dengan penyanyi K-POP kelahiran SM Entertainment ini. Memang tak terkejutlah jika dalam masa satu hari boleh meletop sebegini.
Dalam pada itu, Rossa turut mendapat pengiktirafan untuk menjadi artis naungan di bawah SM Entertainment. Hebatnya! Ternyata Rossa ini artis Indonesia yang sangat berkaliber dan boleh bekerjasama dengan pelbagai artis. Antara artis tanah air kita yang berpeluang untuk berkolaborasi dengan Rossa ialah Hafiz Suip dan Taufik Batisah. Jom share apa lagu kegemaran anda daripada Rossa.
Penulis: Aqilah
Sumber: NME
Instagram/@itsrossa910