Site icon Kool FM

“Huge Respect For You Cap!” – Dapat Live Dengan Orang Dari I5R4EL, Ramai Puji Cara Caprice ‘Bantai’ Wanita Ini

Sudah seminggu saudara kita di tanah Palestin berperang dengan tentera Zionis Israel. Ramai yang terkorban, termasuklah kanak-kanak yang tidak berdosa. Dalam pada itu, rakyat Malaysia dan juga rakyat di negara-negara lain seperti Indonesia dan Turki tidak putus memberikan sokongan buat Palestin dan juga mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Israel. Ia merupakan satu jenayah perang.

Dalam pada ramai rakyat Malaysia yang mengecam tindakan tentera Israel itu, penyanyi Rap, Caprice dilihat membuat satu video live atau persidangan video secara langsung di Instagram bersama seorang penduduk dari Israel. Agak menarik apabila Caprice berpeluang untuk bercakap secara terus dengan orang dari Israel.

Baca juga: #SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

Dalam perbualan antara Caprice dan seorang wanita dari Israel itu, Caprice dilihat ‘membantai’ wanita tersebut tentang apa yang sedang berlaku terhadap rakyat di Palestin sekarang. Wanita itu dilihat sedaya upaya mempertahankan tindakan Israel sebagai langkah mempertahankan keselamatan penduduk Israel, namun Caprice tetap bijak menjawab dan memperbetulkan persepsi salah yang ada dalam diri wanita tersebut.

“Awak boleh bunuh saya, dan awak boleh bunuh ramai lagi orang, tapi penindasan itu tetap akan ada,” jawab Caprice apabila wanita itu memberi justifikasi kenapa tentera Israel bertindak sedemikian. 

Dalam pada itu, ramai yang menyokong dan memuji keberanian serta kebijaksanaan Caprice dalam menegakkan kebenaran. Caprice juga dilihat tenang menjawab segala kenyataan yang diberikan oleh wanita Israel itu. Apa-apa pun, pihak Israel sudah mengisytiharkan perang terhadap Palestin, dan sama-samalah kita teruskan berdoa dan menghulurkan sumbangan buat penduduk Palestin. 

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Briged Al-Qassam Ditakuti Tentera Israel

Sumber daripada: Instagram 

Exit mobile version