Tempias pandemik sememangnya tidak dapat dinafikan. Hampir semua industri lumpuh disebabkannya dan sehingga kini, kita masih belum menang.
Jika dahulu lokasi ini menjadi tumpuan pelancong dan sarat dengan manusia. Namun kini, ianya kosong. Jalan-jalannya kini sunyi dan kedai serta gerai yang seperti ditinggalkan begitu sahaja. Benar-benar seperti ‘Ghost town’.
Seorang jurugambar dikenali dengan nama Jan Daga berkongsi gambar yang diambilnya di beberapa lokasi tumpuan pelancongan di sekitar Thailand termasuk Pulau Krabi.

Barangan cenderahati dibiarkan di luar kedai begitu sahaja.
Menerusi muat naik terbarunya, gambar di bawah ini diambil pada bulan Disember 2020.
Pulau Koh Chang suatu ketika dahulu menjadi daya tarikan ramai, namun kini tidak lagi.
Pandemik COVID-19 yang melanda benar-benar melumpuhkan industri pelancongan bukan sahaja dalam negara malah juga negara luar.
Sama-samalah kita berdoa agar pandemik ini akan berakhir agar kita semua mampu bebas seperti sebelum ini.
Baca juga:
Nia Ramadhani Tak Tahu Sukat Gula Untuk Bancuh Kopi Ketika Mertua Datang
Mohon Online i-Sinar Bermula 21 Disember. Hanya Golongan Ini Layak Keluarkan RM 10,000!
Sumber gambar: Jan Daga