Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Influencer Tunjuk Pampers Anak Bersepah Dalam Rumah Buat Wargamaya Terkejut Dan Geli

today13 June 2021

Background

Media sosial seperti Instagram bukanlah satu aplikasi yang asing lagi pada zaman ini. Boleh dikatakan hampir semua rakyat dari pelbagai golongan usia mempunyai laman media sosial sekurang-kurangnya satu. Bagusnya media sosial ni, manusia boleh menjadi kreatif dalam mencipta content dan banyak perkara yang kita boleh kongsikan bersama pengguna alam maya yang lain. Namun, sebenarnya tidak semua perkara boleh dikongsi dan dijadikan content di media sosial.

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu “Buat Bodoh-Bodoh”

Baru-baru ini, seorang influencer berkongsikan satu video di laman Instagramnya di mana dia menunjukkan keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan pampers terpakai. Video tersebut tular dan dia mendapat kecaman yang hebat daripada wargamaya.

Menerusi video tersebut, influencer yang dikenali sebagai Iman ini bertanya kepada pengikutnya jika ada juga ibu-ibu lain yang meletakkan pampers terpakai merata-rata di seluruh rumah sambil membuat kompilasi video di setiap bahagian rumahnya. Jika dilihat memang terlalu banyak pampers yang sudah dipakai berselerak di atas sofa, lantai termasuklah di dalam permainan anaknya.

Ini mengundang kepada rasa geli dan amarah wargamaya. Tentunya pampers yang sudah dipakai mengandungi najis dan ianya kotor serta mengeluarkan bau yang busuk. Ramai yang mempersoalkan tentang kebersihan di dalam rumah tersebut. Ada juga yang mempersoalkan “takkan tiada tong sampah di rumah?”. Apa yang lebih pelik kenapa biarkan pampers terpakai merata-rata, bukankah boleh terus buang selepas digunakan?

Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa juga adalah insan yang masih belajar. Sememangnya, kehadiran anak kecil di rumah menjadikan rumah sedikit bersepah dengan permainan dan sebagainya. Apa lagi jika ada bayi di rumah, tak menang tangan ibu bapa nak uruskan semuanya dengan sempurna kan?

Situasi ini nampak seperti saja dirakam hanya untuk content. Walaupun begitu, ia tidak patut dikongsikan kerana apa yang ditunjukkan memudaratkan. Rumah yang bersepah dan kotor bukanlah satu persekitaran yang bagus dan ia tidak baik untuk pembesaran anak. Perkara seperti ini tidak patut dinormalisasikan di dalam masyarakat.

Kita berharap keadaan yang ditunjukkan oleh influencer tersebut bukanlah keadaan sebenar di dalam rumahnya. Kebersihan tidak patut dijadikan hal yang remeh atau dijadikan bahan gurau-senda kerana ia mencerminkan diri seseorang. Apa pun, yang baik kita ambil dan yang buruk kita jadikan teladan.

Baca juga: “An Ideal Family” – Walau Jadual Padat, Hairul Dan Hanis Sentiasa Pastikan Ada Waktu Untuk Keluarga

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post