Bukan selalu kita dapat tengok orang Melayu kita zaman sekarang ni segak bergaya mengenakan pakaian Melayu lama siap pakai tengkolok. Bukan sahaja lengkap berpakaian, tetapi ia digayakan sambil menunggang kuda. Itulah gambar terbaharu yang baru dikongsikan oleh penyanyi dan juga komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir di Instagram miliknya.
Apa yang menarik, gambar yang dikongsikan itu turut ditemani dengan pantun di ruangan kapsyen. Ia seolah-olah menambahkan lagi kemelayuan hantaran tersebut. Segak berbaju Melayu klasik, siap mengenakan tengkolok serta menggayakannya sambil menunggang kuda, ramai yang memuji foto yang dimuatnaik oleh Faizal Tahir itu.
View this post on Instagram
Baca juga: “Zaman Saya Dulu Kena Cili Dah Mulut” – Siti Sarah Hairan Budak Zaman Sekarang Mudah Mencarut
Rata-rata memberi komen yang positif dan membayangkan Faizal seperti pahlawan Hang Tuah. Sementara itu, ramai juga yang menunjukkan bakat dengan membalas pantun yang ‘dijual’ oleh Faizal. Pantun yang ‘dibeli’ oleh wargamaya juga tidak kurang hebatnya.

Memang menarik pantun-pantun yang diberikan oleh wargamaya yang lain. Mungkin inilah salah satu cara Faizal mengimarahkan tradisi dan budaya Melayu dan secara tak langsung mengajak orang ramai untuk berpantun sekali. Selain itu, aksi Faizal menunggang kuda itu juga turut dikatakan mengikuti amalan sunnah Rasullullah S.A.W. Apa-apa pun, pujian patut diberikan buat Faizal Tahir kerana tampil berani dalam foto terbaharunya ini.
Baca juga: Mohon Maaf Selepas Tular Video Hina Orang Johor, Netizen Muak Dengan Influencer Suka Cari Masalah
Sumber daripada: Instagram