Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ini 6 Senjata Paling Pelik Dan Tak Masuk Akal Pernah Digunakan Semasa Perang

today26 May 2021

Background

Peradaban manusia telah mencipta dan menggunakan senjata sejak awal kewujudan ketamadunan manusia lagi. Senjata pada awalnya dicipta untuk tujuan memburu bagi masyarakat purba dahulu, dan kini digunakan untuk tujuan berperang ataupun tujuan baik dan jahat yang lain. Pembuatan senjatan pada asalnya adalah simple seperti tombak dan juga pedang. Selepas melalui perubahan teknologi, banyak senjata-senjata canggih yang mula dicipta.

Tetapi sepanjang peradaban manusia, terdapat juga senjata yang pelik-pelik. Mungkin ada di antara kita yang tak tahu pun kewujudan senjata-senjata ni sebab ianya ‘too weird to be real.’ Jadi jom kita lihat apakah senjata-senjata pelik yang pernah digunakan sepanjang sejarah manusia.

Bom Busuk

Image via:https://en.wikipedia.org/

Bom busuk atau stink bomb merupakan senjata yang dicipta oleh US semasa perang dunia kedua. Ianya berbau seperti najis dan tujuan penggunaan adalah untuk menganggu tentera Jerman. Rancangan untuk menggunakan senjata ini gagal apabila si tukang sembur berbau lebih busuk daripada tentera Jerman. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom busuk ini adalah ammonium sulphide yang mempunyai bau seperti telur basi. Kini, stink bomb ada dijual di laman sesawang Amazon.

Pistol Ciuman Maut

Senjata ini dicipta oleh pihak Rusia semasa perang dingin. Ia merupakan sepucuk pistol dengan peluru bersaiz 4.5 milimeter tersembunyi di dalam gincu. Penggunaan senjata ini dijumpai di Berlin Barat dan kini disimpan oleh International Spy Museum di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Kalau dalam filem, pistol berbentuk lipstick ini selalunya dipakai oleh spy. Macam dalam filem Johnny English Reborn lakonan Rowan Atkinson.

Baca juga: 6 Seni Mempertahankan Diri Yang Bahaya Dan Mampu Membunuh

Krummlauf Curved Rifle

Image via:https://www.popularmechanics.com/

Pihak Jerman mencipta senjata ini semasa perang dunia kedua bagi membolehkan mereka menembak dari belakang tembok ataupun tepi dinding tanpa perlu mendedahkan diri kepada tembakan musuh. Kalau lihat kepada bentuk senjata ni anda akan rasa bagus juga ada senjata yang boleh tembak dari bucu. Cumanya peluru mengikut hukum fizik tidak bergerak melencong. Agak kelakar juga bila fikir macam mana mereka terfikir nak cipta senjata macam ni. Senjata ini tidak mempunyai daya ketahanan yang lama. Pakai sekejap je dah rosak.

Anjing Pengebom Berani Mati

Tentera Soviet telah menggunakan anjing sebagai sebahagian daripada tentera mereka sejak 1924. Kemudian pada tahun 1942, Tentera Nazi menyerang Soviet menggunakan kereta kebal Jerman bernama ‘Panzer’. Disebabkan agak sukar untuk mereka menyerang kereta kebal Jerman, askar Soviet melatih anjing-anjing mereka untuk menjadi pengebom berani mati. Tentera Soviet akan mengikat bahan letupan di sekitar badan anjing tersebut dan melatih mereka berlari kearah kereta kebal Jerman.

Image via:https://www.rbth.com/

Oleh kerana anjing-anjing itu dilatih dengan kereta kebal yang tidak bergerak, bila tiba masa peperangan sebenar, anjing-anjing itu semunya lari ketakutan ke markas tentera Soviet, meletup dan membunuh askar-askar Soviet. Mungkin bukan idea yang baik untuk mempergunakan haiwan.

The Man Catcher

Sebuah senjata yang digunakan semasa abad pertengahan. Ia merupakan sejenis senjata yang digunakan untuk mencengkam leher dan menarik musuh daripada menunggang kuda. Nampak macam mampu membunuh, tetapi kebanyakkan tentera abad pertengahan di Eropah mengenakan pakaian besi, jadi senjata ini sekadar menjatuhkan musuh dari kuda dan menangkap mereka.

Image via:https://en.wikipedia.org/

Penciptaan senjata ini tidak diketahui daripada siapa tetapi mula digunakan di Eropah semasa medieval era dan digunakan sehingga abad ke-18. Senjata serupa tetapi variasi berbeza yang dikenali dengan nama Sasumata dikatakan masih digunakan oleh polis rusuhan Jepun.

‘Gay’ Bomb

Okay ini serius pelik. Bom halitosis atau gay bomb merupakan bom yang tidak mencederakan tetapi akan melepaskan feromon wanita yang kuat. Ia akan membuat pihak musuh tidak tahan melihat satu sama lain dan akan terganggu, jadi mudah untuk diserang. Cumanya bom ini tidak pernah diciptakan dan sekadar satu idea oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1994.

Baca juga: “Kelibat Suzzanna Dilihat Penduduk Setempat” – Misteri Ratu Filem Horror Indonesia

Sumber daripada: Top Tenz, All That’s Interesting, Business Insider & Slappedham

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Momentum positif Boustead Plantations bagi suku pertama

PETALING JAYA – Boustead Plantations Bhd, (Boustead Plantations) terus mencatat momentum positif bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 dengan merekodkan keuntungan selepas cukai yang tinggi iaitu RM11 juta berban­ding defisit RM12 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya. Keuntungan sebelum cukai mengukuh kepada RM19 juta dengan hasil sebanyak RM172 juta dan keuntungan selepas operasi meningkat kepada RM33 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ibrahim Abdul Majid berkata,... Klik untuk […]

today26 May 2021