Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ini Cara Legend Ambil Vaksin” – Aksi Amy Search Menyanyi Sewaktu Suntik Vaksin Buat Ramai Teruja

today18 June 2021

Background

Setakat hari ini, kita dapat lihat semakin ramai rakyat yang sudah mula mendapatkan suntikan vaksin pertama malah ramai juga yang sudah melengkapkan kedua-dua vaksin bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Rata-rata yang sudah mendapatkan suntikan vaksin mereka akan kongsikan di laman sosial sebagai tanda sokongan dan sebagai perkongsiaan buat pengikut. Menerusi video-video tersebut, kita dapat lihat sebenarnya ada bermacam-macam ragam dan reaksi rupanya semasa suntikan vaksin dibuat. Ada yang tenang, ada yang terlalu gementar sehingga tidak boleh duduk diam dan ada juga yang menyanyi!

Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda berkongsikan video ayahnya yang juga seorang penyanyi rock lagenda, Amy Search menerima suntikan vaksinnya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi Amy ketika disuntik yang lain daripada yang lain. Amy dengan gaya yang “cool” menyanyikan lagunya yang popular sehingga ke hari ini iaitu “Cinta Kita”. Fuh memang legend lagu ni!

Baca juga: “Seorang Ibu Tidak Pernah Bercuti” – Fasha Sandha Dipuji Oleh Wargamaya Sebagai Wanita Hebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata teruja dengan aksi Amy menyanyi, di pusat vaksin pula tu. Suara Amy kedengaran merdu je tak berubah langsung dengan masa muda-muda dahulu. Sedap sangat sehingga ramai yang berkata untung pengamal kesihatan yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada Amy kerana dapat dengar nyanyiannya live. Betul-betul sebelah telinga, untung betul!

Ada yang kata inilah cara legend ambil vaksin. Cara pun lain dari orang biasa. Ada juga yang menjadikan ini sebagai inspirasi untuk mereka lakukan semasa menerima vaksin nanti. Wah, tak sangka jadi inspirasi dan motivasi pula pada orang lain.

Apa pun, kita ucapkan tahniah Amy Search kerana sudah mendapatkan suntikan vaksin. Kita doakan agar ramai lagi datang mengambil vaksin. Lakukan lah apa jua aksi yang dapat menenangkan anda semasa suntikan vaksin asalkan ianya tidak menggangu orang lain di situ. Apa yang penting anda jalankan tanggungjawab mengambil vaksin demi keselamatan diri dan keluarga, itu pun dah jadikan anda insan yang hebat!

Baca juga: “Saya Bukan Dijangkiti Kerana Berhibur Di Bali” –  BCL Perjelaskan Situasi Sebenar Dirinya Positif Covid-19

Sumber: Nabila Huda

Written by: Danisyah Dalily


Previous post