Kool FM

“Ini Contoh Air Mata Keluar Sebelah” – Amerul Affendi Tunjuk Teknik Menangis Dalam Iklan Raya

Jika anda adalah peminat filem dan drama melayu, anda pasti mengenali pelakon hebat, Amerul Affendi. Amerul pernah memenangi watak sampingan terbaik melalui filem Terbaik Dari Langit. Apa yang membezakan Amerul daripada yang lain adalah dia mampu menjayakan pelbagai jenis watak. Bagi lah watak dan adegan apa sekalipun, dia pasti boleh membawanya dengan hebat.

Terbaru, Amerul ada mempromosikan sebuah iklan raya yang dijayakan bersama beberapa lagi barisan pelakon hebat yang bertajuk “Ini Iklan Raya, Tau?!”. Iklan raya ini adalah iklan yang berbentuk komedi dan mesej yang ingin disampaikan lain daripada yang lain malah, jalan penceritaannya juga menarik dan asli.

Baca juga: “Ini Namanya Influencer Bukannya..” – Wargamaya Kagum Dengan Iklan Vaksin Phua Chu Kang

 

Amerul memainkan watak sebagai seorang pengarah iklan raya di dalam iklan tersebut. Salah satu babak di dalamnya ada menunjukkan Amerul meminta pelakonnya untuk menangis dengan mengeluarkan air mata di sebelah sahaja bagi menambah lagi “feel” sedih babak itu.

Menerusi perkongsian Amerul di laman Twitter miliknya, dia dengan gigih menunjukkan contoh teknik tangisan itu. Kata pelakon hebat ini, pelakon harus cekap mengawal setiap inci tubuh mereka.

 

Posting ini mendapat perhatian wargamaya dan mereka lantas memuji teknik lakonan Amerul yang mantap. Kata mereka “Ini legend..”.

Sebenarnya ciapan itu dikongsikan dalam bentuk gurauan namun tak sangka ada yang mempercayainya sehingga ada yang meminta tips untuk mendalami teknik tangisan air mata sebelah ini. Mungkin bila kita baca nampak kelakar tapi ini sebenarnya menunjukkan betapa orang memandang tinggi terhadap lakonan Amerul sehingga mereka tak rasa pun yang ini hanyalah gurauan.

Dengan bakat yang ada, Amerul Affendi patut diberi peluang untuk membintangi lebih banyak karya seni di Malaysia. Kita doakan semoga Amerul terus kehadapan dan sentiasa berpeluang melakukan apa yang diinginkannya.

 

Baca juga: “Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” – Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Sumber: Amerul Affendi

Exit mobile version