Nak tangkap gambar bersama ahli keluarga beramai-ramai ketika raya memang merupakan satu cabaran. Apatah lagi bila ada anak kecil. Satu rumah kecoh dibuatnya dengan teletah masing-masing. Kadang-kadang sampai berkejaran semata-mata mahukan semua anak berada dalam kedudukan masing-masing. Ada yang tidak dapat tahan, suara harimau pun boleh keluar di saat-saat genting seperti ini. Iyalah, mana taknya, gambar raya merupakan satu memori dan mungkin pada waktu raya sahaja kita dapat berkumpul bersama kesemua ahli keluarga.
2 minggu yang lalu, isteri kepada angkasawan negara, Datin Dr. Halina ada berkongsikan ‘behind-the-scene‘ sesi fotografi raya bersama suami dan keenam-enam anak mereka yang masih kecil. Riuh-rendah sungguh keadaan semasa sesi fotografi tersebut. Ada yang menangis, ada yang tak mahu mendengar kata, ada yang memberontak. Begitulah bila bersama anak-anak kecil, susahnya nak control mereka ini untuk duduk setempat.
View this post on Instagram
Baca juga: “Sepak Teranjang Memang Makanan Dari Kecil..”- Janna Nick Menghidap Bipolar
Namun, apa yang menarik minat wargamaya adalah kesabaran Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya dalam mengawal keaadaan tersebut. Dr Halina lagilah sempoi, tersenyum sahaja sepanjang penggambaran. Rata-rata wargamaya di ruangan komen berkata bahawa pasangan ini memang merupakan idola, tak tengking anak langsung. Tenang sahaja menghadapi situasi.
Jika anda nak tahu Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dikurniakan 6 orang anak. Dua orang anak mereka yang pertama adalah anak perempuan yang diberi nama Sophea Isabella, 10 dan juga Sophea Natasha, 8. Mereka mempunyai anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang masing-masing berumur 4 tahun dan yang terbaru juga adalah pasangan kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang baru menginjak usia 5 bulan. Bayangkan keriuhan keluarga ini. Memang meriah.
Terbaru, Sheikh Muszaphar berkongsikan hasil sesi fotografi mereka di laman Instagram miliknya. Tak sangka hasilnya mengagumkan. Kesemua mereka memandang tepat kearah kamera dan tersenyum gembira. Dalam kecoh-kecoh tu masih boleh mendapatkan gambar yang cantik tau.
View this post on Instagram
“We struggled to get One perfect shot out of hundreds – Haha. I guess this is good enough.”
Menurut Sheikh Muszaphar, dia baru menyedari bahawa dia mempunyai anak yang ramai selepas melihat foto mereka bersama. Katanya dia seronok kerana meriah dan berdoa agar bertambah lagi ahli keluarga mereka.
Menerjah ke ruangan balas, rata-rata memuji hasil sesi fotografi tersebut. Nampak sempurna dan cantik sangat keluarga ini. Ada juga yang perasan tentang kedudukan mereka di dalam foto berbanding di dalam BTS – “You find the solution Dr..”. Apabila melihat foto ini terngiang kembali BTS mereka, susah payah nak dapatkan gambar cantik macam ni.



Apa pun, kita doakan keluarga besar ini diberi kebahagiaan dan semoga Dr Sheikh dan Dr Halina kekal sabar dalam mendidik serta menjaga anak-anak.
Baca juga: Satu Keluarga Jadi Duta Pertama KFC, Scha, Awal Dan Lara Bersyukur Di Atas Penghormatan
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar , Dr Halina