Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ini Penganiayaan Buat Guru Dan Pemimpin Sekolah..” – Mazlee Malik Bangkang Sekolah Dikenakan Kompaun

today23 April 2021

Background

Kes kompaun menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila tular kes pelajar matrikulasi dikenakan kompaun tanpa budi bicara baru-baru ini. Belum lagi habis kes tersebut diperdebatkan, satu lagi kenyataan daripada Ketua Polis Pahang menjadi tular apabila beliau berkata sekolah juga mungkin akan dikompaun jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu COVID-19, akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilihat membangkang kenyataan tersebut melalui akuan Twitter miliknya. Beliau dengan tegas berkata ini merupakan penganiayaan buat guru-guru dan pemimpin sekolah.

Baca juga: “Bukan Semua Ada Gaji Dan Elaun ..” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Akmal Isu Pelajar Matrik Dikompaun

Beliau yakin bahawa pihak sekolah dan guru-guru telah melakukan yang terbaik untuk mengikut arahan yang ditetapkan. Tambah Maszlee, jika tindakan ini diteruskan kemungkinan ada sekolah yang tidak mahu tutup walaupun sudah ada kes kerana takut dikompaun.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Maszlee. Ramai yang turut mempersoalkan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melakukan tugas. Mereka merasakan para guru ini telah ditindas sejak mula lagi. Bukan sahaja tidak diberikan bahan bantuan mengajar malah mereka juga tidak menerima satu garis panduan yang tetap dan utuh  dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Sehingga hari ini ramai guru-guru dan murid-murid dijangkiti Covid-19 sejak sekolah mula dibuka kembali. Kita berharap agar tiada sekolah dikenakan kompaun kerana itu akan menjadikan keaadaan lebih keruh.

Baca juga: Guru MRSM Seakan ‘Mencabul’ Pelajar Perempuan Untuk Periksa Datang Bulan

Sumber: Maszlee Malik

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Shahrom Kalam

Sukan

Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Selepas lebih 15 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, bekas tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam memberikan bayangan bahawa beliau akan beralih angin. Hal ini kerana Shahrom yang akan menjengah usia 36 tahun pada 15 September nanti dilihat memuatnaik foto di mana beliau sedang menjalani sesi latihan bersama Kelab Futsal Selangor Tot United. Selangor Tot United... […]

today23 April 2021