Jika sebelum ini Wak Doyok pernah terpalit dengan isu minyak wangi dan dia juga pernah dikecam oleh netizen antarabangsa kerana dikatakan meniru gaya Iron Man, Robert Downey, Jr. Terkini pelakon, ikon media sosial dan usahawan sekali lagi menjadi buah mulut warganet Malaysia.
Menurut Wak Doyok, dia kecewa dengan tindakan salah sebuah syarikat perjudian yang telah menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi iklan perjudian di media sosial. Difahamkan kejadian seperti ini bukanlah kali pertama yang berlaku kepadanya.
Berita gambarnya digunakan oleh syarikat perjudian tersebut telah dikongsi oleh salah seorang pengikutnya di media sosial. Wak Doyok telah menerima mesej daripada individu tersebut di Instagram miliknya yang kemudian memaklumkan mengenai gambarnya telah digunakan satu syarikat perjudian untuk tujuan promosi.

Berikutan tidak mahu ada pihak salah sangka, Wak Doyok telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak ada sebarang pembabitan dengan syarikat tersebut dan memohon supaya pengikut di platform media sosial melaporkan penyalahgunaan ini di Facebook serta Instagram. Wak Doyok mahu membuat penjelasan ekoran kejadian seperti ini boleh menjejaskan reputasinya sebagai selebriti dan orang Islam.
Oleh itu, untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Wak Doyok menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung dengan syarikat tersebut. Wak Doyok turut jelaskan buat masa ini dia belum ada keputusan sama ada mahu membawa perkara ini ke peringkat selanjutnya atau tidak kerana penyiasatan akan memakan masa lama dan polis pun akan memberi nasihat supaya berhati-hati.
Untuk iklan tersebut, gambar Wak Doyok telah disunting dan diletakkan berlatarbelakangkan pusat perjudian. Bagaimanpun, Wak Doyok sempat meminta masyarakat di luar sana untuk membantunya melaporkan iklan ini di platform media sosial masing-masing dan biar pihak Facebook atau Instagram yang akan memadam atau menyekat iklan tersebut.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Wak Doyok mengaku tidak bersalah guna lambang Sultan Johor
Wak Doyok beri keterangan kepada polis
Sumber: HMetro