Menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, satu kenyataan telah dibuat dan difahamkan siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, tidak pernah keluar daripada Islam.
Menurut perkongsian tersebut, hasil siasatan berkenaan telah dipersembahkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin ketika menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, baru-baru ini telah menjawab tanda tanya yang tercetus akibat tindakan Illi Najwa yang melakukan satu upacara perkahwinan yang melanggar hukum agama Islam.
SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR, PENGARAH JAINJ DAN ILLI NAJWA SADDIQUE
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni…
Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, 17 March 2021
Pada pertemuan bagi membentangkan hasil siasatan penuh JAINJ tentang status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya, Manpreet Singh Pawar. Tambah laporan, satu siasatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh JAINJ dan mereka mendapati Illi Najwa masih Islam malah pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.
Pihak JAINJ kemudiannya telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain untuk memberi keterangan tambahan berhubung isu tersebut diambil daripada mereka. Sultan Ibrahim telah menerima menghadap Illi Najwa di Pejabat Mados Istana Bukit Pelangi.

Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.
Isu membabitkan Illi Najwa mula timbul selepas salah sebuah media tempatan berkongsi gambar majlis pekahwinan pasangan itu yang dipercayai berlangsung di Mithapur di Jalandhar, Punjab. Pemuda berusia 28 tahun itu dilihat mengenakan sut perkahwinan punjabi, manakala Illi pula memakai pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tular Video Kahwin! Illi Najwa Minta Maaf Jahil Sehingga Ada Yang Kata Dirinya Murtad?
Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar