Site icon Kool FM

Izara Aishah Tempelak Instafamous Jadi Pelakon, Perjelas Ciapan Tiada Kaitan Dengan Sharifah Rose

Artis zaman sekarang ni saban tahun semakin ramai, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau sebelum ni ramai yang jadi artis melalui program realiti nyanyian dan sebagainya, tapi kini golongan Instafamous juga turut mencuba nasib untuk bergelar artis. Hal tersebut sehingga mendapat perhatian pelakon, Izara Aishah Hisham, yang menegur segelintir Instafamous zaman kini yang terjun ke bidang lakonan.

Menurut Izara, 29 tahun, terdapat segelintir Instafamous yang sebenarnya tidak berminat pun untuk berlakon. Jelasnya lagi, sewaktu zamannya dahulu, dia perlu pergi ke uji bakat kerana betul-betul minat untuk menjadi pelakon. Selain itu, dia dan rakan-rakan pelakon lain juga akan menuntut pengajian dalam seni lakonan untuk masuk ke dalam industri hiburan. Bagi Izara, kerja keras yang dia lakukan dahulu tidak sama dengan apa yang mereka lakukan sekarang.

Dalam pada itu, timbul juga salah faham dalam kalangan wargamaya yang menyangka ciapan tersebut ditujukan kepada Sharifah Rose Sabrina, iaitu merupakan salah seorang Instafamous yang kini menginjakkan diri dalam dunia lakonan. Sharifah Rose dalam masa yang sama turut membuat hantaran ciapan seolah-olah membalas kenyataan Izara. Bagaimanapun, Izara dengan pantas memperbetulkan salah faham tersebut dan menyatakan ciapannya terdahulu merujuk kepada pendatang baharu.

Menurut Izara, Sharifah Rose sudah menjadi pelakon sebelum dia menjadi terkenal di Instagram dan turut meminati bidang lakonan. 

“Awak pernah berlakon sebelum menjadi terkenal di Instagram, dan saya dengar awak sangat meminati bidang lakonan. Teruskan jadi pelakon yang angkat nama industri,” balas Izara yang turut memberikan dorongan buat Sharifah Rose untuk berlakon. 

 

Bagaimanapun, Izara turut menegaskan dia tidak cemburu dengan rezeki masing-masing, tetapi tidak gemar dengan pelakon yang tidak serius semasa bekerja. Begitulah nasihat Izara buat pelakon baharu. Harap-harap tak timbul lagilah salah faham di media sosial selepas Izara dah jelaskan semuanya. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Koyak Teruk Masa Teman Isteri Berpantang” – Say Shazril Akui Cabaran Sewaktu Menerima Cahaya Mata Pertama

Rakam Aksi Tidak Sopan Dengan Anak Di TikTok, Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Bapa

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Exit mobile version