Baru-baru ini, penyanyi Rap, Caprice dilihat membuat satu video live atau persidangan video secara langsung di Instagram bersama seorang penduduk dari Israel. Sebenarnya Caprice juga tidak menyangka bahawa dia dapat “masuk” live bersama orang dari Israel pada pukul 2 pagi, Isnin yang lepas. Perdebatan mereka yang spontan tersebut menarik minat ramai. Walaupun waktu ketika itu sudah lewat, namun ramai juga yang turut ‘join’ live tersebut untuk mendengarkan bidasan kedua-dua pihak.
Terbaru, Caprice berkongsikan satu perkhabaran bahawa pada jam 10 malam ini, dia akan melakukan persidangan video secara langsung bersama seorang artis dan juga Tiktok influencer daripada Israel. Artis yang bernama Shiraz ini menurut Caprice pernah tular dan pernah juga masuk berita televisyen di sana.
Menurut Caprice dia gembira dan bersyukur kerana Shiraz sudi melakukan live ini bersama dengannya. Tambah Caprice, tujuan dia melakukan ini bukanlah hendak menghentam sesiapa tetapi lebih kepada ingin menanam idea yang baru di kalangan penduduk Israel tentang isu pergelutan kemanusiaan di Palestine.
Caprice betul-betul berharap agar rakyat Malaysia tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar sepanjang live itu berlangsung kerana kemungkinan besar Instagram akan menutup terus ruangan komen dan menghentikan live tersebut dengan serta-merta.
Apa yang ingin diketengahkan adalah inti pati dan idea bukannya mencetuskan pergaduhan dan kecaman semata-mata. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju untuk menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak elok sebaliknya cuba untuk mendengar dan memahami isi perbincangan tersebut.

Malaysia ketika ini sudah terkenal secara global dengan ‘cybertroopers’ atau kita panggil di sini dengan nama tentera bawang. Mungkin agak sukar untuk tentera bawang mendiamkan diri tetapi ini adalah peluang yang baik untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Shiraz. Apa pun kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan semoga kita dapat menimba sesuatu daripada perdebatan ini.
Baca juga: Tak Mampu Angkat Senjata Bersama Palestine, Faizal Tahir Tampil Membuat Showcase Bersama Mirwana
Sumber: Caprice