Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Jangan Belakangkan Mak Ayah Dan Bersikap Kurang Ajar” – Ibu Chef Wan Sedih Berita Pernikahan Serina

today12 April 2021

Background

Kecoh hujung miggu lepas dengan kontroversi mengenai perkahwinan anak perempuan chef selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef Wan. Chef Wan mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya bahawa anaknya, Serina Redzuawan telah bernikah tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, berita tersebut yang disiarkan di surat khabar akhirnya sampai jua ke pengetahuan ibu Chef Wan.

Menurut Chef Wan, pada semalam ibunya ternampak berita mengenai cucunya itu yang sudah selamat bernikah. Selepas Chef Wan menjelaskan perkara sebenar, ibunya dikatakan berasa sedih. Bagaimanapun, Chef Wan memberitahu ibunya bahawa Serina sudah sudah dewasa dan mereka berhak untuk bahagia. Namun, dalam masa sama, Chef Wan memaklumkan beliau sudah mendedahkan perkara sebenar kepada semua pihak. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Baca juga: “Kahwin Di Siam Sebagai Isteri Kedua?”- Chef Wan Luah Rasa Kecewa, Ini Penjelasan Serina

“Saya tidak peduli sedikit pun. Saya telah mendedahkan perkara sebenar agar semua pihak sedar, dan mulai saat ini dia bukan lagi tanggungjawab saya,” kata Chef Wan dalam hantaran di Instagram.

Sementara itu, Chef Wan juga turut meminta anak-anak muda untuk jadikan berita ini sebagai pengajaran supaya tidak membelakangkan mak dan juga ayah, serta tidak bersikap kurang ajar. Pada akhirnya, kita juga yang mendapat malu, katanya. Beliau menyambung lagi nasihatnya dengan menyatakan setiap kesilapan yang dilakukan perlulah diakui dan tidak menyalahkan sesiapa. 

Nampaknya itulah kisah sebenar yang didedahkan oleh Chef Wan sendiri, serta sedikit kekecewaannya berhubung isu tersebut. Dalam pada itu, wargamaya yang lain turut memberikan kata-kata semangat buat Chef Wan dan mendoakannya agar kuat mengharungi dugaan ini dan terus bersabar.

Baca juga: “Banyak Pahala Buat Orang Gembira” – Chef Wan Tempelak Golongan Suka Kecam, Backup DSV Buat Video Gila-Gila

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Kurniawan

Sukan

Kurniawan Gembira Sabah Curi Satu Mata Penting Bertemu Penang

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto tanpa berselindung mengakui gembira dengan satu mata yang diraih skuad bimbingannya apabila berjaya mengikat Penang 1-1 pada aksi kelapan Liga Super Malaysia 2021, malam tadi. Berjaya mendahului pada minit ke-52 menerusi jaringan menarik pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani, Sabah akhirnya terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan apabila Casagrande... Klik untuk baca artikel […]

today12 April 2021