Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Jangan Berharap Kepada Manusia…” – Hanis Zalikha Seakan Mengulas Isu ‘Kemurungan’

today23 April 2021

Background

Baru-baru ini, Ibu Kota Malaysia digemparkan dengan insiden menyayat hati apabila seorang lelaki bertindak untuk membunuh diri di pusat membeli belah KLCC. Statistik kemurungan pada tahun 2020 sebenarnya semakin meningkat tanpa kita sedari lebih-lebih lagi apabila serata dunia kini sedang dilanda wabak COVID-19. Terbaru, pelakon, pengacara dan usahawan terkenal ini Hanis Zalikha memuat naik satu posting yang seakan-akan merujuk kepada isu ‘kemurungan’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kapsyen yang dimuat naik oleh Hanis itu bukan saja mengundang emosi kepada pengikutnya, malah juga kepada rakan-rakan selebriti yang turut  bersetuju dengan pesanan Hanis. Meskipun pesanan Hanis itu ringkas, namun pengisiannya yang serba serbi padat itu membuatkan ramai peminatnya yang berani untuk meluahkan isi hati mereka yang selama ini terpendam. Rata-rata daripada mereka berterima kasih kepada Hanis di atas pesanannya yang begitu indah.

Baca juga: “Sepak Teranjang Memang Makanan Dari Kecil..” -Janna Nick Menghidap Bipolar

Janganlah letak pengharapan kepada manusia. Kerana manusia ini banyak kelemahannya.” ujar Hanis di kapsyennya. Ada betul juga apa yang Hanis sampaikan ini, kadang kala kita sebagai manusia biasa mudah alpa dan lalai dalam mengejar perhatian dan ‘kasih’ manusia sehingga menjadi lupa kepada Kekasih Abadi. 

Tidak dinafikan dunia yang kita sedang menghadapi kini semakin lama semakin memberi cabaran kepada emosi setiap insan di muka bumi ini. Ada yang hilang sumber rezeki, berjauhan daripada keluarga tercinta, dan ada juga daripada kita yang kehilangan orang tersayang. Namun begitu, Hanis berpesan agar kita sentiasa ‘bersujud’ kepadaNya untuk mencari ketenangan yang sewajarnya dan bukannya bergantung kepada manusia semata-mata.

Baca juga: “Comelnya Dia Melayan Maknya” – Hanis Zalikha Luang Masa Spa Di Rumah, Gelagat Alisa Jadi Perhatian

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Written by: Hamka Rosli


Previous post