Nama pakar mata dan penceramah terkenal Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad semakin menjadi perbualan netizen ekoran sintipan video yang tular di rata-rata media sosial mengenai isu perempuan harus menjadi ”bodoh-bodoh’ sikit untuk mendapat jodoh. Namun, Prof Muhaya telahpun memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf mengenai isu tersebut. Menurut Prof Muhaya, beliau menjelaskan bahawa netizen digalakkan untuk menonton penuh video tersebut di akaun YouTube miliknya untuk mendapatkan fahaman yang jelas mengenai seluruh context topik sensitif itu.
Baru-baru ini tular lagi sebuah video Prof Muhaya yang dipercayai sintipan video yang sama daripada topik video yang tular lalu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter. Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata daripada mereka ada yang telahpun menonton video penuh tersebut dan berasa semakin tidak puas hati dek kerana cara percakapan dan penggunaan ayat Prof Muhaya yang seakan berbaur tidak logik itu.
Ramai kata kebanyakan daripada kita salah faham ayat “bodoh-bodoh” Prof Muhaya, maka disuruh tonton video penuh. Okay.
Tapi setelah tonton video penuh, lagi berkerut dahi & tergaru kepala pula sebenarnya, bukan pasal yang “bodoh-bodoh” tu pun. Entahlah ??♂️ pic.twitter.com/FQ2nxHHz96
— Rosman Nizar (@RosmanPositivo) June 14, 2021
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, selebriti terkenal Naim Daniel berani tampil memberikan pandangannya mengenai isu ‘bodoh-bodoh sikit’ daripada aspek seorang lelaki. Menurut Naim dia menegaskan bahawa golongan lelaki seharusnya memandang isu wanita lebih ‘bekerjaya’ daripada mereka ini sebagai persaingan yang sihat untuk sama-sama membina keperibadian dan memajukan diri ke arah yang lebih baik agar tidak berada di takuk yang sama.
“Sampai bila nak pijak perempuan untuk meletakkan mereka di satu tahap yang stagnent sahaja di mana itu sahaja kedudukan mereka dan tidak berubah.
“Apa kata golonga lelaki anggap perkara itu sebagai satu persaingan yang sihat dalam menuju ke arah suatu yang baik untuk kebaikan diri sendiri” ujar Naim dalam nada tenang.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu, Naim turut berkata sudah menjadi tanggungawab golongan lelaki untuk menyokong setiap perkara yang golongan wanita mahu lakukan sama terutamanya dalam mengejar cita-cita mereka yang boleh meningkatkan daya keyakinan mereka.
View this post on Instagram
Tambah Naim, dia amat menyukai wanita yang bekerjaya, berilmu, dan seorang yang suka mencari ilmu dan tidak kisah jika mempunyai seorang isteri yang berpendidikan kerana menurutnya entigriti seorang manusia akan meningkat jika mereka mempunyai ilmu yang setimpal di dada.
“Kalau jadi pada saya yang ada bakal isteri yang pandai itu adalah tanggungjawab kita untuk support apa saja untuk isteri, mahupun kakak atau adik di dalam mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka.
“Saya suka wanita yang berkerjaya, yang berilmu yang suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai perempuan tetapi sebagai manusia itu sendiri” kata Naim.
Meninjau di ruangan maklum balas video tersebut, rakan-rakan selebriti dan pengikut Naim turut bersetuju dengan pendapat Naim yang bernas itu. Rata-rata daripada mereka mempunyai pandangan yang sama dengan Naim. Boleh dikatakan pelantun lagu Sumpah ini tidak dinafikan seorang yang sangat matang dari segi pemikiran, susunan tutur kata dan sentiasa menghormati orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, intipati video Naim ini seakan tidak menghentam Prof Muhaya, sebaliknya boleh dikatakan Naim hanya memberi pandangan dan menyeru agar golongan lelaki tidak perlu takut atau merendah diri jika mempunyai pasangan yang lebih bekerjaya daripada mereka. “Buat apa nak risau kalau dapat pasangan yang berkedudukan kaya kan boleh ‘pau’ macam-macam” kata Naim dalam nada bergurau. Amboi Naim, bukan main lagi ya!
Apa-apa pun setiap individu berhak untuk mempunyai pandangan mereka tersendiri. Namun, jika pandangan kita berdalih dengan mereka janganlah terus menghentam dan beri kata-kata yang tidak enak untuk didengari. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk turut bersetuju dengan ‘fahaman’ kita mengenai sesuatu perkara.
Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu ‘Buat Bodoh-Bodoh’
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Naim Daniel, YouTube Prof Muhaya