Di sebalik kemarahan rakyat yang meluap-luap terhadap kerajaan, namun masih ada lagi mereka yang memikirkan tentang kepayahan yang dihadapi oleh kerajaan dalam menguruskan pandemik COVID-19 dalam negara ini. Golongan selebriti juga tidak ketinggalan dalam berkongsi suara mengenai isu yang melanda negara ketika ini.
Antara selebriti yang mula menyatakan pendapat tentang isu COVID-19 ini adalah Mila Jirin, apabila dilihat membuat perkongsian di Instagram miliknya. Menurut Mila, atau nama sebenarnya, Norsyarmilla binti Jirin, dia berasa sedih dan sebak apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah program bual bicara menerima apabila dirinya dilabelkan bo**h oleh orang ramai.
Baca juga: “Kerajaan Kita Tak Teruk Sangat..” – Mila Jirin Menyeru Orang Ramai Lakukan ‘Self Lockdown’
Kata Mila, kedaan ini amat berbeza dengan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama dilakukan di mana pujian melambung rakyat berikan saat menerima pelbagai bantuan dari pihak kerajaan.
“Kenapa waktu tu tak ada siapa cakap ‘Bo**h’ pada mereka? Janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit,” ujar Mila.
Dalam pada itu, Mila menyatakan dirinya tidak memihak kepada sesiapa dan hanya mahu bercakap soal menyelamatkan negara sahaja. Selain itu, Mila turut meminta orang ramai untuk berhenti menulis perkara yang boleh melemahkan semangat orang lain. Katanya, kita perlu tunjukkan semangat positif terhadap kerajaan semasa kerana mereka telah lakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan kesihatan awam.
Tidak terlepas juga teguran Mila terhadap mereka yang mempunyai kuasa untuk berjuang demi rakyat dan berganding bahu tangani isu COVID ini.
“Janganlah kita serba serbi tak kena, serba serbi salah. Muhasabah diri kita, lakukan tanggungjawab kita,” pesan Mila lagi buat semua orang agar kekal jaga SOP dan lakukan self-lockdown.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Mila itu dan berharap orang ramai mula berikan kerjasama dalam membendung penularan wabak ini. Semoga kita semua dapat lakukan tanggungjawab kita dan dapat melihat hasilnya di kemudian hari.
Sumber daripada: Instagram