Kool FM

“Jiran Yang Baik Itu Rezeki..” – Wargamaya Terharu Dengan Jiran Banyak Membantu Ketika Dikuarantin

Bahaya Covid-19 adalah ianya boleh berjangkit dan seorang manusia yang membawa virus ini di dalam badan mereka mampu menjangkiti hampir 2,000 orang yang lain. Oleh kerana itulah, kuarantin diri adalah tindakan yang penting bagi mengurangkan pergerakan dan kontak sesama individu.

Bukan sahaja mereka yang positif Covid-19 perlu dikuarantin dan dilarang untuk bergerak ke mana-mana, malah mereka yang dikatakan kontak rapat juga perlu melakukan ujian swab dan kuarantin diri di rumah selama 14 hari.

Baca juga: Tular Jalan Raya Di Kelantan Sesak, Dikatakan Ramai Cuba Pulang Ke Kampung Untuk Sambut Hari Raya

Antara yang menjadi kerisauan bagi mereka yang perlu kuarantin diri di rumah adalah bekalan makanan yang tidak mencukupi. Seorang pemuda di laman Twitter berkongsikan pengalaman kuarantin diri di rumah bersama ahli keluarga. Dia terharu dengan sikap jiran-tetangga yang prihatin dan baik hati.

 

Walaupun tidak rapat dan hanya bertegur-sapa di dalam lif, dia tidak menyangka bahawa jirannya yang kedua-duanya berbangsa Cina mengambil berat tentang mereka sekeluarga dan dengan rela hati menawarkan diri jika ingin mengirimkan barangan dapur.

Melalui perkongsian pemuda ini, mereka sekeluarga adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Ujian swab mereka masih belum diterima dan ketika ini mereka sedang kuarantinkan diri di rumah. Katanya, dia betul-betul tak sangka jirannya sebaik ini.

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata yang baik. Mereka turut berkongsikan pengalaman yang sama ketika sedang dikuarantin. Bukan sahaja jiran tetangga, tetapi ada juga cerita tentang kenalan dan rakan sepejabat yang turut prihatin dan mengambil berat dengan memberikan kata-kata semangat dan makanan.

 

Ternyata rakyat Malaysia masih lagi berpegang dengan nilai perpaduan dan #KitaJagaKita. Walaupun terdapat banyak isu yang seperti memecah-belahkan sebahagian masyarakat di negara ini namun, apabila kita lihat semula di sekeliling kita dan dengar cerita-cerita seperti ini barulah kita sedar kita semua masih rakyat Malaysia.

Bak kata wargamaya di Twitter “Ini barulah namanya jiran tetangga..”. Kita doakan semoga Malaysia kembali ‘sembuh’ daripada wabak ini dan semoga kita semua mampu untuk bangkit dan beri kembali kepada masyarakat dan negara.

 

Baca juga: Wajarkah Ibu Mengandung Ambil Vaksin Covid-19? Ini Jawapan Pakar

Sumber: Twitter

Exit mobile version