
Adakah anda sudah berasa ‘burnout’ duduk dirumah dan perlukan kata-kata semangat untuk kembali ceriakan hidup anda? Apa kata anda beli sahaja kata-kata semangat agar anda kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan anda.
Mesti ada yang pelik bahawa kata-kata semangat boleh dibeli, tetapi itulah hakikatnya apabila pengguna Facebook Effiza Abdul Rahim telah berkongsi gambar pembelian kata-kata semangat di Shopee.
Pada mulanya beliau tidak percaya ada yang menjual tetapi dirinya terkejut kerana betul-betul mendapat kata-kata semangat daripada penjual tersebut. Hanya berharga 20 sen, anda sudah dapat kata-kata semangat daripada seseorang.