Kool FM

“Kalau Betul Dah Tanya Kenapa Delete Komen Saya..” – Isu Asyraf Khalid ‘Jual’ Gambar Adik Masih Hangat

Semalam, selepas beberapa jam Tokti melahirkan cahaya matanya yang kedua, Asyraf Khalid berkongsikan wajah penuh adiknya di media sosial. Gambar tersebut telah digunakan ramai dan rata-rata memuji kecomelan baby boy Tokti. Nampak sihat anak Tokti dalam gambar yang dikongsikan.

Namun, di sebalik itu, ramai juga yang mempersoalkan tindakan Asyraf yang seakan-akan tidak sensitif kerana menunjukkan wajah bayi yang baru lahir ke dalam media sosial miliknya. Malah, Asyraf dan isterinya Tya sebenarnya menjadikan kelahiran baby boy baharu ini sebagai vlog content di dalam siaran YouTube mereka sehinggakan ada yang berkata Asyraf ‘menjual’ adiknya sendiri bagi medapatkan tontonan yang banyak di YouTube perniagaan dia dan isteri.

Baca juga: “Asyraf Dan Tya Dah Minta Izin TokTi Ka?” – Warganet Persoal Tindakan Asyraf Khalid Kongsi Gambar Anak Lelaki TokTi

Apabila ditanya tentang hal ini, Asyraf menjawab bahawa dia telah pun meminta izin daripada bapanya sebelum dia berkongsikan gambar tersebut. Tetapi masih ada wargamaya yang tidak berpuas hati dan bertanya jika Tokti sendiri ada memberikan izin untuk menunjukkan wajah anaknya terutama buat vlog panjang yang dirakam.

Isu ini terus menjadi tanda tanya kerana Tokti sendiri belum memamparkan wajah penuh anaknya di media sosial. Malah, adik kepada penyanyi terkenal ini iaitu Siti Sairah, turut dilihat memadam postingnya yang terdahulu yang memaparkan wajah penuh bayi Tokti. Kalau ibu dan mak cik pun belum bersedia menunjukkan wajah baby boy ini kepada khalayak ramai di media sosial, macam mana Asyraf Khalid yang merupakan anak tiri kepada Tokti boleh mendahului? Itulah yang dibahaskan wargamaya.

Apa pun, Tokti sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan jadi sebaiknya kita tunggu sehingga ibu empunya badan yang berkongsi.

Baca juga: “Saya Akan Menjalani Rutin Berpantang Seperti Biasa Dan Fokus Kepada Bayi..” – Tokti Dihujani Doa Ramai Supaya Cepat Sembuh

Sumber: Twitter

Exit mobile version