Di ambang wabak COVID-19 yang semakin mencanak naik ini, semua individu berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit merbahaya ini termasuklah selebriti-selebriti tanah air. Setakat ini terdapat beberapa orang selebriti Malaysia yang telahpun positif COVID-19 antaranya Tiz Zaqyah, Nora Danish, Nabila Huda, Sweet Qismina dan lain lagi. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan isi hatinya yang terkilan dan kesal dengan sikap segelintir pihak produksi yang masih menjalankan penggambaran dan seperti tidak mengendahkan keselamatan pihak yang terbabit dalam produksi meskipun kes sudah hampir mencecah 5 angka.
View this post on Instagram
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya itu, Janna meluahkan isi hatinya yang risau akan keluarga dan orang sekeliling seandainya dia menjadi ‘silent carrier’ penyakit merbahaya ini dek kerana mudah terdedah dengan persekitaran dan orang ramai di luar. Pada masa kini sesiapa sahaja boleh membawa penyakit ini dalam diam dan merebak kepada orang ramai, tambahan pula muncul varian -varian yang tidak mempunyai simptoms, maka wajarlah jika Janna berpendapat sedemikian.
Lebih merisaukan, kerjaya sebagai seorang anak seni ini tidak menggunakan sebarang perlindungan diri semasa berlakon. Mereka adalah golongan bekerja yang berisiko tinggi untuk mendapatkan gejala merbahaya ini. Menurut laporan Harian Metro, difahamkan Janna berkata dia berharap penerbit boleh sama-sama turun ke lokasi penggambaran untuk mengambil risiko bersama-sama. Bagaimanapun, Janna tidak mendedahkan nama syarikat produksi mahupun judul karya yang sedang di lakonkan.
Baca juga: “Kerajaan Kita Tak Teruk Sangat..” – Mila Jirin Menyeru Orang Ramai Lakukan ‘Self Lockdown’
“Kalau company tu bapak kita punya boleh la self lockdown… Kalau tak, selagi tak positive selagi tu la terpaksa keluar bekerja. Lagi satu, ingat berlakon boleh pakai mask ke? Ntah laa.
“Bermacam jenis sanitizer kita bawak, segala macam spray kita bawak. Tak keluar pergi kerja kang kena saman pulak sebab langgar contract…” ujar Janna dalam nada yang geram dan kesal.
Menerjah di ruangan komen posting tersebut, ternyata ramai dalam kalangan kita yang turut memberikan pendapat yang sama seperti Janna. Rata-rata daripada kalangan pengikutnya yang turut meluahkan perasaan sedih di mana mereka turut terpaksa bekerja di saat kes COVID-19 meningkat ini. Ada juga dalam kalangan mereka yang turut mendoakan keselamatan Janna agar sentiasa menjaga diri serta berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pandangan sendiri mengenai isu yang sedang hangat diperbincangkan ini. Masing-masing di antara kita ‘terkesan’ dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, namun pihak kerajaan telah pun bersuara mengenai ini. Oleh itu, perkara penting yang harus dilakukan oleh anda semua adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tabah mengharungi ujian yang menimpa negara kita ini.
Baca juga: “Sepak Teranjang Memang Makanan Dari Kecil..” – Janna Nick Menghidap Bipolar
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Harian Metro, Instagram Janna Nick