Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kalau Ikutkan Dia Warga Kayangan Tapi Rilek Je” – Wargamaya Puji Kavita Sidhu Ada “Class” Tersendiri

today4 May 2021

Background

Kavita Sidhu adalah nama yang tak asing lagi di dalam dunia fesyen dan perfileman. Wanita ini pernah memenangi Miss Charm International 1990 di Russia dan kerjayanya sebagai seorang model mula berkembang. Kejelitaannya tidak nafikan sehingga banyak majalah-majalah dan pihak televisyen yang berebut mahukan Kavita di muka hadapan produk mereka. Dia kemudian mengembangkan bakatnya ke dunia perfileman sebagai seorang pelakon dan juga penerbit filem. Antara filem hebat yang pernah dibintanginya adalah “Pontianak Harum Sundal Malam”. Selain itu, wanita yang berbakat ini juga merupakan seorang pereka fesyen dan ahli perniagaan yang mempunyai beberapa restoran mahal betemakan Itali.

Baca juga: “Merokok Tak Takut Tapi Kena ‘Blood Clot’ Sebab Vaksin Takut Pula..” – Netizen Mempertikai Vaksin AstraZeneca

Terbaru, nama Kavita naik dan disebut-sebut di laman Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter membuat satu bebenang tentang dirinya susulan posting Kavita di laman Instagram miliknya yang menunjukkan Kavita sedang mengambil vaksin AstraZeneca. Dia turut menempah slot tersebut buat ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu)

Pengguna Twitter tersebut kagum dengan perwatakan Kavita Sidhu yang sentiasa merendah diri walaupun dia dikategorikan sebagai “warga kayangan”. Kavita menempah slot vaksin sama seperti orang biasa dan mengambilnya mengikut turutan. Malah, dia banyak memberi mesej positif dan dalam masa yang sama mengajak masyarakat melakukan kebaikan.

Antara lain yang diperkembangkan di dalam bebenang Twitter tersebut adalah Kavita yang sangat menghormati budaya dan agama yang pelbagai di Malaysia. Dia selalu dilihat menyarung baju kurung dan kebaya apabila menghadiri majlis-majlis formal. Cantik sangat wanita berbangsa punjabi ini, sentiasa dilihat sopan di mana saja dia berada. Malah, dia turut memakai tudung ketika melawat kubur ayah kepada rakan baiknya yang beragama Islam.

Sama cantik sama padan bersama suaminya, Roberto Guiaiti, mereka mendapat gelaran Barbie dan Ken kerana lihat sajalah wajah dan susuk badan model mereka. Terpana sesiapa yang melihat. Walaupun mereka ini berada, mereka tidak malu untuk pergi bercuti berdekatan kawasan perumahan mereka sahaja iaitu di sekitar Port Klang. Memang humble!

Ramai yang membandingkan Kavita dengan artis-artis yang lain terutama yang sanggup merentas negeri demi kepentingan diri sendiri. Menerusi komen yang diberikan di posting ini, rata-rata wargamaya memuji Kavita dan berkata bahawa dia mempunyai “class” yang tersendiri. Sikapnya yang “humble” membuatkan dia tampak lebih eksklusif.

Betullah, memang sempoi dan classy je Kavita Sidhu dan suaminya ni. Kita doakan semoga yang baik-baik sahaja buat mereka. Harapnya lebih ramai lagi artis dan “influencer” turut ikut jejak langkah Kavita dalam menyebarkan mesej-mesej yang positif.

Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

‘Hang Nak Tunjuk Samseng, Hang Tahu Dak Aku Sapa’ – Lan Pet Pet Mengamuk?

Hiburan Semasa

‘Hang Nak Tunjuk Samseng, Hang Tahu Dak Aku Sapa’ – Lan Pet Pet Mengamuk?

Isu & Kontroversi Sebelum ini, nama pelawak Lan Pet Pet pernah menjadi sebutan selepas terbabit dengan insiden mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan. Artikel Berkaitan: ‘Dengan Orang Tua Berani Lah! ‘ -Didakwa Pukul Pak Guard, Instagram Lan Pet Pet Kena Serang Tetapi kali ini nama Lan Pet Pet kembali menjadi bualan hangat netizen selepas viral satu video yang memaparkan dirinya dipercayai melakukan kekerasan terhadap seorang […]

today4 May 2021