Kini, ramai warganet sudah mula menjadi mata-mata dan bahaskan isu beberapa pasangan selebriti merentas negeri yang didakwa bertujuan untuk berbulan madu semakin tular di media sosial Daripada awal minggu ini, ada sahaja selebriti yang terpalit dengan dakwaan tersebut dan warganet sudah mula pertikaikan bagaimana sempadan negeri belum boleh dibuka namun ada pihak dilihat seperti boleh berjalan ke sana sini tanpa urusan rasmi.
Namun, ada beberapa individu pengguna media sosial dilihat seperti sengaja mencetus kontroversi apabila seakan mendakwa ada beberapa pasangan selebriti Malaysia rentas negeri hanya kerana mahu berbulan madu. Intan Ladyana dan suaminya, Hariris Alif merupakan salah seorang artis yang telah didakwa oleh warganet sedang asyik berbulan madu di Langkawi apabila gambarnya mula tersebar dia dan suami berada di salah sebuah kedai makan di sana.

Intan bagaimanapun telah menjawab tuduhan yang dilakukan oleh individu Twitter dan sempat meluahkan rasa geram dengan mengatakan tuduhan berkenaan tidak tepat. Intan menegaskan orang yang menyebarkan dakwaan dan gambarnya itu tidak melakukan semakan dahulu sebelum menuduh sesuka hati. Intan juga turut menjelaskan tujuan dia membawa suaminya sekali ke Langkawi adalah untuk membantunya menguruskan hal-hal penting sepanjang penggambaran di sana.
Jadi, Intan dan Harris sama sekali tidak berbulan madu seperti yang dituduh warganet. Tambah Intan, dia berharap tidak ada salah faham berlaku dengan isu dia merentas negeri kerana tujuannya itu hanyalah untuk bekerja dan bukan berbulan madu seperti yang didakwa.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Syarikat Minuman Tampil Jelaskan Mengapa Neelofa & Haris Berada Di Langkawi
Sumber: Twitter, Instagram Intan Ladyana