Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kecewa Difitnah Mempunyai ‘Cable’ Untuk Terima Vaksin, Nabila Huda Perjelaskan Isu Sebenar

today9 June 2021

Background

Penularan wabak COVID-19 yang semakin tidak terkawal semestinya membimbangkan orang ramai lantas membuatkan mereka menjadi cacing kepanasan apabila masih tidak mendapat janji temu vaksin. Baru-baru ini, pelakon hebat tanah air, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dia dan suami, Mohd. Izwan Johar selesai menerima suntikan pertama vaksin AstraZeneca namun telah mencetuskan kontroversi apabila orang ramai mempersoalkan bagaimana Abil yang merupakan bekas pesakit COVID-19 boleh mendapat vaksin dan tidak perlu menunggu.

Menerusi ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Abil, rata-rata daripada netizen yang juga merupakan bekas pesakit COVID-19 kekeliruan dengan fahaman mereka yang bercanggah dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan penerimaan vaksin buat bekas pesakit COVID-19 perlu menunggu antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Baca juga: Penyakit ‘Kronik’ Eina Azman Dipertikaikan Doktor Pakar, Eina Memilih Untuk Berdiam Diri

Terbaru, Abil telah memuat naik sebuah gambar soalan-soalan lazim daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memberi penerangan mengenai dakwaan bekas pesakit COVID-19 boleh menerima suntikan vaksin dalam tempoh 1 hingga 6 bulan selepas sembuh. Menerusi kapsyen posting tersebut, Abil meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan sikap segelintir netizen kerana telah melemparkan pelbagai fitnah kepada dirinya sehingga akhirnya Abil berasa  bersalah atas perkongsian yang seakan menyakiti hati orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Ada yang dm kata saya guna cable sebab golongan kayangan la, selfish la, sebab artis la, call org dalam percepatkan vaccine dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya..Sampai saya pulak jadi bersalah sedangkan saya tak salah apa2 pun..” 

Menurut Abil, dia tidak memotong barisan seperti yang difitnah oleh netizen. Sebaliknya, sebelum melangkah masuk ke bilik vaksin, Abil telah memaklumkan kepada doktor bertugas mengenai status dirinya yang merupakan bekas pesakit COVID-19. Tambah Abil lagi, perkongsian yang dimuat naik oleh Abil itu bertujuan untuk memberi kesedaran dan semangat kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang pernah dijangkiti wabak ini untuk mengambil vaksin dan tidak perlu menunggu berbulan-bulan.

“Saya pergi ikut tarikh ditetapkan and tak potong que pun. Saya bagitau jujur kt doctor status saya,then dia proceed saya ke bilik yang nak amik AZ vaccine. Saya post gambar saya sudah di vaccine bukan niat nak menyakiti hati org,saya post sbb saya nak share awareness untuk bagi hint yang saya ex covid dan saya dapat vaccine saya after a month dan boleh bagi semangat kt korang yang mungkin tak perlu tunggu berbulan2 macam diheboh2 kan”

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata daripada mereka berterima kasih kepada Abil kerana telah menjelaskan kekeliruan mereka mengenai status bekas pesakit gejala ini. Rakan-rakan selebriti juga turut menzahirkan rasa kecewa dan sedih dengan keadaan segelintir rakyat Malaysia yang sering mempertikaikan dan suka mencari kesalahan orang lain tanpa menyelidik terlebih dahulu sebelum melemparkan kata-kata fitnah.

Apa-apa pun, segala persoalan mengenai dakwaan Abil mempunyai orang tengah telah pun mendapat penerangan. Justeri itu, sebelum membuat tuduhan meluluh pastikan kita telah melakukan penyelidikan dan membaca info mengenai sesuatu perkara itu sebelum menjatuhkan hukum. Di akhir kapsyen hantaran tersebut, Abil sempat meninggalkan doa kepada mereka yang masih belum mendapat janji temu vaksin. Semoga kita semua mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menanti panggilan menerima suntikan vaksin..

Baca juga: 150 Orang Bakat Baru Berminat Join Kelas Percuma Ditawarkan Nabila Huda Dalam Masa Sehari

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Nabila Huda

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Tanjung Bruas Port mulakan penghantaran pelet kayu

PETALING JAYA – Tanjung ­Bruas Port Sdn. Bhd. (Tanjung Bruas Port), ahli Kumpulan MMC, telah memulakan penghantaran pelet kayu (wood pellets) dari terminalnya di Tanjung Kling, Melaka. Pelet kayu merupakan sejenis bahan bakar biomas yang digunakan sebagai tenaga hijau di loji jana kuasa. Ia juga merupakan bahan bakar pelet yang paling biasa dan umumnya dibuat daripada habuk papan yang dipadatkan. Pengarah Tanjung Bruas Port, Md. Derick Basir berkata, ini me­rupakan […]

today9 June 2021