Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kedai Makan Kelate.sg Milik Artis Malaysia ‘Diserang’ Peminat Setia Masakan Kelantan Di Singapura

today24 February 2021

Background

Walaupun hanya menghidangkan tiga menu sahaja iaitu laksam, mee celup dan colek namun ia sudah mampu untuk menarik ratusan pelanggan setiap hari. Siapa tidak kenal pelakon cantik manis, Sasqia Dahuri, pelakon kini sudah memilik sebuah kedai makan bernama Kelate.sg yang mendapat sambutan hebat di Singapura.

Kedai makan milik Sasqia ini sudah mula beroperasi sejak 8 Februari lalu. Apa yang lebih menarik apabila pada hari pertama pembukaannya, Sasqia terpaksa tutup kedainya lebih awal daripada waktu beroperasi kerana jualan sold out. Wow.. Tahniah Sasqia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sasqia Dahuri (@sasqiadahuri)

Menurut Sasqia, dia telah memulakan perniagaannya secara suka-suka sahaja. Dia mula menjual laksam resipi ibunya menerusi home based delivery ketika Singapura melaksanakan perintah kawalan ketat circuit breaker selama lapan minggu bagi mengekang Covid-19 pada tahun lalu.

Sasqia kemudiannya mengambil langkah lebih berani selepas dia tidak lagi mampu lakukan bisnes jualan makanan ini berseorangan setelah jumlah tempahan laksam mencecah 300 hingga 400 pek sehari. Tambah Sasqia, dia semakin bersemangat untuk membuka kedai makan itu apabila dia menerima dorangan dari suami dan rakan-rakannya di Singapura.

Tambah Sasqia, kedai makannya Kelate.sg akan tambah menu nasi kerabu tidak lama lagi dan akan menjual menu nasi dagang serta nasi berlauk pada masa akan datang. Sasqia mahu tambah menu baru itu kerana dia teruja dengan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus sehingga sekarang untuk menikmati masakan asal negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Kini, Sasqia juga dibantu oleh beberapa orang pekerja bagi memastikan rasa masakan kekal tidak berubah. Dia juga sedang memikirkan untuk mewujudkan central kitchen atau dapur berpusat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kedai Tepi Jalan Pun Pandai ‘Seal’ Air..” – Nad Zainal ‘Sound’ Cara Restoran Terkenal Delivery Makanan

Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

 

Sumber: Instagram Sasqia Dahuri

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Lelaki Ini Pelik Baju Isteri Penuh Satu Almari, Tapi Masih Nak Pakai Baju Suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Paul, kelihatan dia merakam koleksi baju isterinya yang banyak sehingga penuh satu almari.Bukan itu saja, malah beberapa ruang lain seperti laci almari kecil pun dipenuhi dengan baju si isteri. Sedangkan baju Paul cuma sedikit saja di dalam almari pakaian mereka.Tetapi apa yang membuatkan dia tidak faham adalah isterinya tidak mahu pakai baju sendiri ketika di rumah dan selalu menyarung bajunya.Apa […]

today24 February 2021