Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kegiatan Mencuri Dirakam CCTV Dan Ditularkan, Pencuri Ini Minta Maaf Dan Kembalikan Motosikal

today9 March 2021

Background

Kegiatan mencuri ini sememangnya salah tidak kira apa jua alasannya. Pemilik barang yang dicuri pula tentu akan berasa sedih apabila barang yang berharga dicuri. Tapi memang amat jarang berlaku apabila barang yang telah hilang akibat dicuri itu dikembalikan semula. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Jakarta Timur, Indonesia apabila si pencuri mengembalikan semula motosikalnya yang dicuri.

Bukan sekadar si pencuri memulangkan semula motosikal yang dicuri itu, dia turut menyertakan nota permohonan maaf dengan tulisan “Saya minta maaf, saya silap.” Kisah tersebut turut mendapat perhatian warganet selepas ia tular di laman sosial.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Menurut laporan, pemilik berkenaan yang juga seorang wanita memaklumkan dia menyedari kehilangan motosikalnya Rabu lalu. Namun, motosikal itu hanya hilang beberapa hari sebelum ditemui di hadapan parkir rumahnya pada pagi Sabtu lalu. Pada asalnya wanita tersebut tidak menyedari motosikalnya sudah dikembalikan disebabkan si pencuri sudah menukarkan warna motornya. 

Image via:https://banyumas.tribunnews.com/

“Semua dalam keadaan baik kecuali pada badan motosikal kerana warna asal biru, tetapi ditampal pelekat merah,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap berasa lega kerana si pencuri sudah memulangkan motosikalnya walaupun hanya meninggalkan motosial di parkir bersama nota. Insiden kecurian itu juga dilaporkan sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan rakamannya ditularkan. Jadi mungkin disebabkan takut tertangkap, pencuri tersebut pun membuat keputusan untuk mengembalikan motosikal yang baru sahaja dicurinya itu.

Baca juga artikel menarik lain:

Dilaporkan Hilang Beberapa Hari, Mayat Wanita Ditemui Dengan Leher Dijerut

YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Sumber daripada: Tribune News & Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Siasatan Tan Sri, Datuk dalangi kartel dadah masih dijalankan

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berkaitan tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan berkenaan. "Siasatan menyeluruh akan dibuat dan saya akan memastikan keadilan. "Dalam... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 March 2021