Nama yang tidak asing lagi sebagai salah satu orang terkaya di dunia. Jack Ma, pengasas Alibaba kini dikatakan sudah dua bulan ‘hilang’ dari khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak tahu, tapi itulah yang sedang hangat diperkatakan oleh warganet di Twitter sekarang tentang keberadaan Jack Ma.
Kalau nak tahu pasal Jack Ma, boleh je tengok Twitter trending sekarang. Dia dikatakan menghilangkan diri selepas mengkritik kerajaan China yg menyekat kreativiti/inovasi baru. Jack Ma dan Alibaba juga sedang disiasat oleh beberapa badan kerajaan China dalam isu market monopoly. pic.twitter.com/hX6zZ54Kts
— MAG • Faheem (@magmalaya) January 4, 2021
Disebabkan Jack Ma gagal untuk hadir dalam salah sebuah rancangan terbitannya sendiri, iaitu Africa’s Business Heroes, di mana beliau sepatutnya menjadi salah seorang panel hakim tetapi digantikan dengan seorang eksekutif Alibaba dalam episod terakhir yang berlangsung pada November lalu, maka ramai yang membuat spekulasi tentang kehilangannya. Selain itu, wajah Jack Ma turut dipadam di laman sesawang rancangan terbabit.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan daripada jurucakap Alibaba, Jack Ma tidak dapat menghadirkan diri ke rancangan tersebut disebabkan terlibat dengan jadual yang padat.
‘Hilang’ Selepas Kritik Kerajaan China Sekat Inovasi?
Namun, ada yang kata kehilangan Jack Ma mempunyai kaitan dengan kritikannya terhadap sistem peraturan kerajaan China kerana menyekat inovasi dan menyamakan peraturan perbankan global dengan “kelab orang lama”. Tapi bila difikir semula, Jack Ma yang merupakan orang ke-3 terkaya di China, agak mustahil untuk beliau ‘hilang’ kerana mempunyai pengawal keselamatan yang ramai.
JACK MA HILANG?#BeritaIN
Bilionair China dan Pengasas Alibaba Group Jack Ma dipercayai hilang selepas gagal memunculkan diri semasa episod akhir talent show Jack Ma sendiri iaitu Africa’s Business Heroes lapor The Telegraph UK pic.twitter.com/uJYG9colle
— Irfan_newboys???????? (@Marchfoward) January 4, 2021
Kata Jack Ma, sistem kewangan yang ada pada hari ini merupakan warisan dari Zaman Industri. Menurutnya, ruang baru perlu disediakan untuk generasi muda akan datang, dan sistem sedia ada perlu direformasikan. Jadi kritikan Jack Ma itu menjadi sebahagian daripada spekulasi tentang kehilangannya.

Selang beberapa hari selepas Jack Ma membuat kenyataan tersebut, Ant Group gagal mendapat kebenaran untuk memfailkan IPO oleh kerajaan China. Ant Group merupakan satu daripada entiti perniagaan Jack Ma yang kini dalam pemantauan Beijing susulan kenyataan kontroversinya di Shanghai pada 24 Oktober lalu. Tambahan lagi, kenyataan Jack itu dibuat di hadapan pemimpin kewangan China seperti Zhou Xiaochuan.
Seminggu selepas itu, IPO Ant Group digantung atas alasan beberapa isu membabitkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan. Selain itu, pihak berkuasa China turut menjalankan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada akhir Disember lalu dan meminta Ant Group menyusun semula operasinya. Mungkin misteri ‘kehilangan’ Jack Ma masih belum dapat dirungkaikan sepenuhnya.
Baca juga artikel menarik lain:
Lelaki Ini Menyamar Sebagai ‘Anggota Marin’ Untuk Mengorat Janda Kaya
Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!
Sumber daripada: Harian Metro & Vocket