Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Keluarkan Kenyataan Habatus Sauda Dan Madu Sebagai Vaksin, Warganet ‘Sekolahkan’ Zul Yahya

today24 February 2021

Background

Terdahulu, tular tindakan Zul Yahya memberhentikan anak-anaknya sekolah dan hanya mahu memberi pendidikan agama, semalam kecoh di laman media sosial Instagram apabila Zul memberi kenyataan yang mencetus rasa geram dikalangan warganet.

Berhubung isu agama terus menerima kecaman bukan kerana warganet tidak faham akan Islam tetapi tindakan Zul dilihat seakan salah konsep dengan menyatakan umat Islam sudah lama mempunyai vaksin.

Kenyataan yang dikeluarkan Zul berbunyi seperti ini:

Dah begitu lama umat Islam memilik vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuh

Habatus sauda dan madu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Kenyataan tersebut telah menerima pelbagai reaksi yang kebanyakannya cuba menasihati pelakon lama itu untuk mengubah cara pemikirannya dan cuba untuk fahami fakta sebenar tentang vaksin.

Ada juga yang memberi nasihat kepada Zul untuk hidup lebih seimbang dari segi dunia dan akhirat. Selain itu, warganet turut berkongsi beberapa hadis dan sunnah untuk membuka mata Zul bahawa vaksin bukanlah satu perkara yang buruk.

Warganet juga pelik dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul ini seakan sengaja mahu mencetus keraguan dan provokasi. Sebelum ini media sosial dikejutkan dengan pandangan Zul yang menyatakan dirinya tidak mempunyai apa-apa sijil persekolahan tetapi masih menerima rezeki yang mencurah-curah.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Zul Yahya Anti Vaksin & Berhentikan Anak Sekolah Demi Masa Depan?

Bukan Tak Laku Tapi Pertimbangkan Watak Sesuai

 

 

Sumber: Instagram Zul Yahya

 

Written by: Adinna


Previous post

Arthur Melo

Sukan

Arthur Melo Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Pertama Stadium Sultan Ibrahim

Pemain tengah Juventus, Arthur Melo mengucapkan tahniah kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim. Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam. THANK YOU ARTHUR MELO Juventus midfielder Arthur Melo congratulated HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor […]

today24 February 2021