Animasi comel Upin dan Ipin bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak kecil, malah segelintir golongan remaja dan dewasa juga ada yang meminati kartun si kembar comel yang sering menyelitkan pengajaran dalam setiap penceritaannya. Upin Ipin yang bermula daripada 1 musim, kini telah berkembang hingga ke 15 musim. Baru-baru ini, pencinta animasi Upin Ipin meluahkan isi hati mereka mengenai watak Salleh yang asalnya merupakan watak lembut bernama ‘Sally’ telah berubah menjadi ‘keras’ dalam musim 15.
Macam mana dengan perubahan Abang Salleh raya tahun ni?
Okay tak? pic.twitter.com/xOy1eaSf9t
— Les’ Copaque (@lescopaque) May 17, 2021
Menerusi sebuah ciapan yang tular di media sosial, netizen seolah-olah tidak setuju dengan ‘perubahan’ watak lembut ‘Sally’ menjadi maskulin dek kerana mereka berpendapat bahawa pihak produksi animasi Upin Ipin cuba untuk ‘mengubah’ atau ‘menepis’ dakwaan wujud lelaki berperwatakan ‘lembut’. Tambah mereka lagi, perwatakan Salleh yang lembut itu tidak menjatuhkan martabat seorang lelaki, malah dalam kartun tersebut watak Salleh sangat bertanggungjawab serta pandai mencari rezeki yang halal.
Jadi lembut bukan satu dosa. Kenapa nak ubah dia? Salleh tu bukti kepelbagaian manusia yang dah memang realitinya wujud orang macam tu. Elok juga karakter Salleh ni ada biar budak tak rasa jijik bila jumpa irl dh besar nanti. Abang Salleh bring no harm pon kat budak-budak tu https://t.co/RLH1rFIssM
— rayyan (@puteraryans) May 17, 2021
Malah, ada dalam kalangan netizen mulai bimbang seandainya terdapat golongan kanak-kanak yang mempunyai karakter ‘lembut’ ini berfikiran bahawa mereka tidak diterima oleh masyarakat kerana perbezaan watak yang sekaligus boleh menjerumus ke arah kecaman dan buli dek kerana memiliki perwatakan feminin. Sebaliknya, menerjah di ruangan komen ciapan tersebut, mereka tidaklah menolak sepenuhnya perubahan watak Salleh, malah ada yang berpendapat bahawa lebih bagus jika watak Salleh yang lembut ini tidak bertukar secara ‘drastik’ kerana pandangan mereka perubahan itu agak tidak realistik.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza, ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima. Bagaimanapun, sudah pasti setiap pemilihan pihak produksi animasi Upin Ipin ini mempunyai sebab yang kukuh dan mempunyai rancangan yang lebih baik untuk watak Salleh di episode akan datang. Sama-sama kita nantikan.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter