Kool FM

Kena Banned Dari Taman Negara Sebab Cuba ‘Panggang’ Ayam Di Kolam Air Panas

Jangan terkejut sebab kejadian ini bukan berlaku di taman negara kita, tapi di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat. Sebenarnya banyak cara untuk seseorang tu kena banned dari memasuki taman negara, tapi seorang lelaki di sana telah diusir keluar dari Taman Negara Yellowstone kerana cuba memanggang ayam menggunakan kepanasan yang ada di kawasan air panas di situ.

 

Menurut laporan, lelaki terbabit ditemui pada 7 Ogos lalu bersama periuk memasak dan dua ekor ayam yang dilihat tersedia untuk dimasak.  Lelaki tersebut tidak melakukan perkara tersebut di kawasan terbuka, sebaliknya di kawasan larangan taman itu. Namun lelaki berkenaan bukanlah yang pertama cuba memanggang ayam di kawasan larangan itu.

Menurut pihak berkuasa taman berkenaan, tiga bulan sebelum itu ada juga sekumpulan pendaki yang pergi ke kawasan larangan tersebut dengan alatan memasak. Renjer taman di situ kemudian membuat serbuan ke kawasan tersebut dan mendapati sekumpulan pendaki tersebut sedang menikmati musim panas sambil menunggu dua ekor ayam siap dimasak.

Image via:https://commons.wikimedia.org/

Mungkin bukan idea yang baik untuk menikmati ayam panggang di taman negara tersebut. Lelaki yang ditangkap itu kemudian disenarai hitam oleh pihak berkuasa Yellowstone dan dilarang memasuki taman itu selama dua tahun. Selain itu, dia juga diperintahkan untuk membayar denda berjumlah 1,200 USD kerana memasuki kawasan larangan. 

Orang Awam Tidak Endahkan Larangan

Pihak berkuasa Taman Negara Yellowstone sememangnya melarang pelancong meletakkan objek pada mata air panas kerana berisiko ia akan meletus sekaligus menyebabkan lecur. Selain itu, kawasan larangan merupakan kawasan hidroterma yang mana air geysernya boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 63 darjah celsius. Ia cukup untuk menyebabkan lecuran tahap ke tiga yang boleh mendatangkan maut.

 

Walaupun risikonya jelas, orang awam yang datang ke situ tetap tidak mempedulikan bahayanya dan terus membawa ayam untuk dimasak di situ. Mungkin orang kita juga ada yang macam ni, makin dilarang makin nak buat.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Lelaki Ini Relakan Diri Jadi “Punching Bag” Untuk Perolehi Pendapatan Lumayan

Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia? Kurang Tepat Sebab Ada Yang Lagi Tinggi Daripada Tu!

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Insider

 

Exit mobile version