Kool FM

“Kena Istiqomah Dulu Nanti Dikecam” – Uqasha Senrose Terdetik Hati Untuk Berhijab Semula, Ramai Mendoakan

Tidak disangkalkan lagi, menjadi salah seorang penggiat seni sememangnya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bukan sahaja datang dari bidang pekerjaan mereka, malah juga dari sudut lainnya yang boleh menguji mental dek kerana sering menjadi tumpuan netizen yang kadang kala tidak berpuas hati dengan segala tindak tanduk selebriti tanah air. Tidak dinafikan ada juga dalam kalangan netizen yang manis berkata-kata memberi pujian kepada selebriti, namun jika diperhatikan skala yang mengeji lebih banyak berbanding mereka yang mampu berfikiran matang dalam sesuatu perkara.

Baru-baru ini, pelakon jelita Uqasha Senrose memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya dengan memakai jubah abaya dan tudung yang diterima sebagai hadiah. Dalam tengah mengayakan jubah abaya tersebut, luah hati kecil Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang berkata dia berasa terdetik untuk memakai tudung semula, namun kenyatannya selepas itu buat netizen mencuit hati.

@uqashasenrose92♬ original sound – UqashaSenrose92

“Cantiknya abaya dan tudung ni, rasa macam nak…pakai tudung semula la”

“Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam” kata Uqasha dalam nada bergurau dan ketawa kecil. 

Baca juga: “Hati Anak-Anak Perlu Dijaga” – Bersara Pada 50 Tahun, Rita Rudaini Mahu Hantar Anak Sekolah Tahfiz

Tinjauan di ruangan maklum balas video TikTok tersebut mendapati ruangan komen Uqasha dibanjiri dengan komen-komen daripada peminatnya yang mendoakan agar pintu hati selebriti kesayangan mereka ini akan terbuka untuk berhijab semula. Ramai dalam kalangan mereka yang menyokong sepenuhnya jika Uqasha benar-benar bercadang untuk mengubah imejnya kembali kepada seperti dahulu yang manis bertudung.

Alangkah seronoknya apabila melihat peminat-peminat Uqasha ikhlas mendoakannya agar terus beristiqomah dan mendoakan Uqasha agar suatu hari nanti akan mula berhijab semula. Umum mengetahui Uqasha mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan amat sopan santun, wajarlah jika ramai yang mudah jatuh hati padanya. Siapa tahu mungkin selepas telah sah bergelar isteri kepada tunangnya, Kamal Adli nanti Uqasha akan terdetik untuk memakai tudung? Hihi, sama-sama kita doakan ya!

Baca juga: Uqasha Senrose Dipuji Kerana Tak ‘Meroyan’ Ditegur Netizen, Terus Perbaiki Diri Lengkap Bertutup Menyediakan Makanan

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: TikTok Uqasha Senrose

Exit mobile version