Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kenapa Meirose diganti?” – Peminat Filem Indonesia ‘Surga Yang Tak Dirindukan 3’ Kecewa Tiada Raline Shah

today30 March 2021

Background

Kalau bercerita pasal filem-filem yang ada pelbagai siri ini, kita mesti nak tengok watak-watak yang sama dikekalkan untuk filem siri akan datang. Barulah feel nak tonton filem itu berkobar-kobar dan sampai di hati pencinta filem.

Terdahulu, watak Meirose dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2 dipegang oleh artis cantik terkenal Indonesia, Raline Shah, namun untuk Surga Yang Tak Dirindukan 3, watak Meirose digantikan kepada Marsha Timothy.

Di akaun Instagram Manoj Punjabi, CEO MD Pictures, ruangan komen beliau dipenuhi dengan peminat filem Surga Yang Tak Dirindukan mengeluarkan perasaan tidak puas hati dan kecewa dengan penggantian watak heroin itu. Rata-rata mereka meluahkan rasa sedih dan mempersoalkan tentang pertukaran watak Meirose.

Mesti dalam kepala peminat Surga Yang Tak Dirindukan berasa janggal dan confuse nak tengok sambungan filem ini. Namun, Fendi Nuril yang memegang watak utama Pras berkata, filem ini berbeza daripada siri yang sebelumnya.

Haa menarik kan! Oleh itu, kita tak boleh memandang sesuatu perkara sekadar dasarnya saja. Selagi belum lihat dengan mata sendiri, jangan letak penilaian yang negatif.

Sama-sama kita nantikan keluaran filem Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan 3 yang bakal ditayang pada 16 April 2021 menerusi platform Disney+Hostar.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga artikel menarik:

“Dia Sorang Je Pakai Mask” – Warganet Puji Anak Erra Ikut SOP Semasa Majlis Neelofa

“Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Sumber:Instagram Marsha Timothy, Raline Shah, Grid.Id & Hot Detik

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

MR D.I.Y. lancar cawangan ke-700

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y. me­lancarkan cawangan ke-700, yang turut menampilkan cawa­ngan MR. TOY dalam premis sama di Nu Sentral, KualaLumpur. MR. TOY adalah jenama bisnes kedua daripada tiga jenama dalam MR D.I.Y. Jenama ketiga pula adalah rangkaian cawangan ber­konsepkan dollar-store­ iaitu MR DOLLAR. Terletak di te­ngah-tengah hab pengangkutan Kuala Lumpur, konsep ‘kedai-dalam-kedai’ itu menjanjikan pe­ngalaman membeli-belah baharu buat pelanggan. Naib... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 March 2021