Kalau kita perhatikan zaman kini, ramai anak-anak muda yang berlumba-lumba untuk menjadi content creator, namun sudah menjadi lumrah kehidupan seorang content creator atau inflluencers ini akan melalui pelbagai cabaran, rintangan dan kecaman wargamaya. Baru-baru ini, nama Khairul Aming menjadi sebutan wargamaya lebih-lebih lagi selepas isu hangat dek kerana cara masakan makanan ‘carbonara’. Kini, nama Khairul Aming sekali lagi menjadi sebutan apabila sebuah ciapan telah mempersoalkan tentang mengapa Khairul Aming tidak merekod video masakannya sebelum bulan Ramadan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Khairul Aming sangat bangga dan kagum dengan kesungguhan beliau kerana mempunyai passion yang tinggi dalam melakukan content memasak. Buktinya, Khairul Aming akan menteliti feedbacks yang diterima daripada video yang pertama sebelum membuat video yang baru untuk menambahbaik kualiti produk videonya yang lain. “Bila video 1 was doing well, i need to know why and quickly apply to video day 2” ujarnya menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Sebenarnya, apa yang dipraktikkan oleh Khairul Aming ini boleh dijadikan contoh yang terbaik kepada content creators dan influencers di luar sana untuk berusaha memperbaiki diri menjadi yang lebih baik agar tidak berada di ‘takuk’ yang sama. Maka benarlah bahawa usaha yang setimpal akan menghasilkan produk akhir yang amat berkualiti dan terbaik di hati peminat.
Baca juga: “Ini Baru Betul Carbonara” – Khairul Aming Dipuji Kerana Masak Carbonara Dengan Cara Yang Betul

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga mempunyai content creator yang amat berbakat bukan sahaja kerana perwartakannya yang menarik, malah dek kerana usahanya yang setimpal untuk menghasilkan video-video yang berkualiti di mata pengikutnya. Boleh dikatakan video-video masakannya sentiasa mendapat perhatian dan penantian daripada wargamaya terutamanya semasa bulan Ramadan.
Seronok apabila kita melihat seorang content creator yang memberi sepenuh hati dan tidak pernah jemu membuat video masakan sehingga dikenali satu Malaysia. Haa..selain Khairul Aming, content creator yang turut mendapat tempat di hati wargamaya dan amat dikenali ialah Sofyank.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter Khairul Aming