Tanda pagar Kerajaan Gagal sering kali muncul di aplikasi Twitter, lebih-lebih lagi selepas pihak kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Susulan kes positif yang hampir mencecah 7 ribu itu, pihak kerajaan turut memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) kelmarin. Difahamkan, hal ini telah mengundang amarah orang ramai yang kecewa dengan keputusan pihak kerajaan yang tidak membuat PKP Penuh seperti PKP 1.0. Baru-baru ini, anak kelahiran Akademi Fantasia (AF) dan usahawan, Mila Jirin turut mengakui kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak membuat PKP penuh.
View this post on Instagram
Mila berkata dia kini akur dengan keputusan kerajaan setelah meniliti dan memahami kesan sampingan PKP penuh kepada kesihatan mental dan lain-lain lagi. Menerusi sebuah posting di akaun Instagram miliknya, Mila meluahkan pandangannya mengenai tanda pagar Kerajaan Gagal yang menular di sekitar media sosial. Menurut Mila, tidak wajar untuk rakyat Malaysia terus menunding jari menyalahkan kerajaan dek kerana mereka turut berusaha memberi bantuan kepada rakyat meskipun tidak mewah seperti negara-negara maju yang lain.
“Saya ada pekerja di Vietnam dan China, Saya dengar rintihan mereka tentang perniagaan dan bantuan, apa yang saya boleh simpulkan, kerajaan kita ni tak lah teruk sangat (saya bukan side mana mana politik) ianya bersifat neutral. Sebab apa? Sebab kerajaan kita keluar juga dana dana nak bantu kita walaupun tak mewah macam negara negara besar. Subsidi upah, prihatin sana sini Alhamdulillah membantu..” luah Mila menerusi kapsyennya.
Baca juga: #KerajaanGagal Trending Di Twitter Kini Cecah Lebih 150 Ribu Ciapan
Pandangan Mila tidak terhenti di situ saja, Mila turut menyeru orang ramai untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawb dengan membuat ‘Self Lockdown’ bagi membanteras wabak COVID-19 yang saban hari semakin banyak meragut nyawa mangsa. Ada betul juga apa yang diperkatakan oleh Mila ini. Sekarang tiba masanya untuk setiap individu memainkan peranan penting, berganding bahu bersama pihak kerajaan dan frontliners untuk menurunkan graf kes positif dalam negara ini.
Menerjah di ruangan komen posting tersebut, ramai dalam kalangan pengikut Mila yang bersetuju dengan pendapat Mila untuk tidak terus-menerus menyalahkan pihak kerajaan. Menurut mereka, kesalahan kes positif yang meningkat ini turut berpunca daripada sikap segelintir rakyat yang ‘degil’ serta tidak akur melanggar SOP dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal berlaku kepada negara.

‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi pandemik COVID-19 di negara ini. Berhenti menunding jari kepada orang lain, sebaliknya tiba masa untuk kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab untuk melakukan ‘Self Lockdown’ selama 2 minggu demi menghapuskan pandemik ini dalam negara. Seandainya perlu keluar rumah, pastikan anda menjaga jarak 1 meter, serta memakai double pelitup muka di tempat berisiko tinggi dan sesak.
Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘;Siapa; Rakyat Langgar SOP
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Mila Jirin