Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kerja Keras Saya Untuk Gembirakan Rakyat” – Aliff Syukri Sudah Mula Latihan Vokal, Lagu Raya Bakal Menyusul

today21 April 2021

Background

Terdahulu kami ada melaporkan bahawa Dato’ Sri Aliff Syukri telah menyatakan niat untuk menghasilkan lagu baharu sempena raya tahun ini. Niatnya itu sehingga ditegur oleh bondanya, Rozita Ibrahim yang meminta anaknya itu untuk tidak bernyanyi lagi. Bagaimanapun, menerusi perkongsian baharu di Instagram milik usahawan kosmetik  itu, beliau nampaknya betul-betul bersungguh untuk hasilkan sebuah lagu baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Baca juga: “Benci Mak Tengok Kau Nyanyi” – Niat Keluarkan Lagu Raya Baharu, Aliff Syukri Kena Sound Setepek Dengan Bonda

Aliff Syukri kini dilihat sedang sibuk mempersiapkan dirinya untuk proses rakaman lagu dengan menjalani latihan vokal. Mungkin tahun ini kita akan dapat sedikit kelainan daripadanya atas kesungguhan yang ditampilkan. 

“Saya tengah berlatih untuk memantapkan lagi vokal suara saya, untuk lagu terbaharu saya berjudul Raya Lalala,” tulis Aliff di ruangan kapsyennya. 

Aliff juga turut meminta para pengikutnya untuk menitipkan komen di ruangan komen sekiranya tidak sabar untuk mendengar suara nyanyiannya. Bagi menghasilkan lagu tersebut, beliau mendapatkan khidmat daripada komposer dan penyanyi tanah air, Amy Ukays. Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang memberi ucapan selamat berjaya buat beliau.

Terdahulu, pada tahun 2019 Aliff berjaya menghasilkan sebuah lagu raya yang berjudul ‘Jom Raya’. Jadi untuk tahun ini, sama-sama kita nantikan lagu terbaharu beliau. Kalau tak sabar, boleh ramai-ramai serbu ruangan komen Aliff Syukri. 

Baca juga: “Dia Ada Namalah!” – Netizen Pertikai Cara Pujian Chef Terkenal Singapura Kepada Khairul Amin Seperti Kurang Sopan

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Chonburi

Sukan

Junior Eldstal Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Chonburi

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal memandangkan kontrak lanjutan bersama kelab Thailand, Chonburi sekaligus kekal beraksi di negara itu bagi saingan musim 2021. Perkara ini diumumkan oleh Chonburi di laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Junior, kelab tersebut turut melanjutkan kontrak seorang lagi pemain import iaitu Renato Kelich. Junior menyertai Chonburi pada separuh masa kedua... Klik untuk baca […]

today21 April 2021